YM Dato' Haji Tengku Hassan Tengku Omar ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan EXCO Terengganu (2018-2023) dan mantan ADUN Ladang selama tiga penggal (2008-2023).
Pendidikan
Beliau mendapat pendidikan tertinggi bidang ekonomi dari Universiti Malaya dan lulusan University of Nottingham, United Kingdom bidang pentadbiran daerah.
Tengku Hassan juga pernah bersekolah di Sekolah Menengah (SM) Sultan Sulaiman Kuala Terengganu dan SM Sultan Ismail Kemaman.
Kerjaya
Beliau dilahirkan pada 1 Januari 1951 di Kerteh Kemaman ini pernah bertugas sebagai Pegawai Kewangan Negeri Terengganu, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Terengganu dan Pegawai daerah Besut. Atas perkhidmatan yang cemerlang, beliau turut pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Terengganu, Pesuruhanjaya Hal Ehwal Agama (JHEAT) Terengganu dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam & Adat Melayu (MAIDAM) Terengganu.
Tengku Hasan yang juga berpengalaman luas dalam bidang pentabiran daerah pernah menyandang jawatan seperti Ketua Penolong Pentadbir Tanah Hulu Terengganu dan Ketua Penolong Pegawai daerah Hulu Terengganu.
Bukan itu sahaja, beliau juga pernah dilantik Pengerusi A&W Malaysia, Singapura dan Thailand dan Pengerusi Terengganu Safety Training Centre (TSTC).
Dalam bidang usahawan, Tengku Hassan pernah menggalas tanggungjawab sebagai Pengarah Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU),
Pada peringkat negeri, beliau dilantik EXCO Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran sejak 2018 manakala peringkat politik, merupakan Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan Pas Negeri Terengganu.
Kerajaan: (23)▌Parti Islam Se-Malaysia (23) Pembangkang: (10)▌Barisan Nasional (10) Keanggotaan Ahli Dewan Negeri dan Dewan Ahli Undangan Negeri di Malaysia mengikut bilangan Parlimen