Ab Halim Tamuri
Yang Berhormat Dato' Profesor Dr. Ab Halim Tamuri (lahir 9 Oktober 1967) ialah seorang ahli akademik Malaysia. Beliau merupakan profesor dalam bidang pendidikan Islam di Pusat Kajian Kepimpinan dan Polisi Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau telah dilantik menjadi Rektor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) bermula 1 Julai 2013 hingga 30 Jun 2021[1]. Beliau telah dilantik menggangotai Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKKDPN) di bawah Menteri Pendidikan Malaysia, Maszlee Malik pada Oktober 2018 hingga April 2019[2]. Kehidupan awal dan pendidikanAb Halim Tamuri dilahirkan pada 9 Oktober 1967 di Tanjung Karang, Selangor. Beliau memulakan persekolahan di Sekolah Jenis Kebangsaan Inggeris Tanjung Karang (1974-1979), dan Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin, Klang (1980-1983) dan Kolej Islam Klang (1984-1985). Kemudian, beliau melanjutkan pengajian STPM di Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam (1986). Di peringkat pengajian tinggi, beliau mengambil Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Syariah) di UKM (1987-1991), Diploma Pendidikan UKM (1993-1995), Sarjana Pendidikan Islam (M.Litt) (1995-1997) dan ijazah kedoktoran dalam Pendidikan Islam (2000) di Universiti Birmingham, United Kingdom. Anugerah dan pengiktirafanAnugerah Maulidur Rasul
Darjah kebesaran
Pautan luar
Rujukan
Information related to Ab Halim Tamuri |
Portal di Ensiklopedia Dunia