Johari Mat
Dato' Dr Johari bin Mat (Jawi: جوهاري بن مت ) ialah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau pernah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara lantikan Dewan Undangan Negeri Kelantan. Di peringkat parti, beliau merupakan Ahli Majlis Syura Ulamak PAS[1] dan Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat. Pendidikan dan kerjayaJohari Mat lahir pada 28 April 1952 di Kelantan, berkelulusan Doktor Falsafah (Ph.D) Usuluddin dari Universiti Islam Imam Muhammad bin Saud, Riyadh, Arab Saudi (1990-1982) dalam pengkhususan akidah dan aliran pemikiran semasa. Beliau pernah menjadi Prof Madya di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kelantan (2001-2003).Beliau telah menjalankan beberapa penyelidikan, antaranya Kajian Ajaran Sesat di Selatan iaitu Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor (1998) serta Kajian Ajaran Sesat di Utara iaitu Perlis, Kedah dan Pulau Pinang (1999). Johari Mat menjadi ahli Lembaga Penasihat Jurnal Al-Basirah Universiti Malaya (1 April 2011-31 Mac 2013) dan Pengerusi Panel Penerbitan Karya Bidang Agama, Dewan Bahasa dan Pustaka (25 April 2011-Mei 2013) .[2] SenatorPada 20 Jun 2011, beliau dipilih sebagai anggota Dewan Negara mewakili Kelantan (07.07.2011 - 06.07.2014). Beliau menggantikan Ahmad Rusli Ibrahim yang telah tamat penggalnya sebagai senator selama tiga tahun. Namanya dicadangkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan dan disokong oleh timbalannya, Datuk Ahmad Yakob.[3] Pada 7 Julai 2011, beliau angkat sumpah sebagai Senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang. Anugerah dan penghargaan
Rujukan
Information related to Johari Mat |
Portal di Ensiklopedia Dunia