Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Mata-Mata
Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Mata-Mata, juga dikenali sebagai Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Katok 'B', ialah sebuah kawasan perumahan awam di Daerah Brunei dan Muara, Brunei. Kawasan ini merupakan salah satu kawasan perumahan di bawah Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati iaitu program perumahan kerajaan bagi rakyat jati (bumiputera) Brunei.[1] PentadbiranSkim Tanah Kurnia Rakyat Jati Mata-Mata secara rasmi dibahagikan kepada tiga sub-kawasan dan mereka adalah berstatus kampung iaitu pembahagian pentadbiran peringkat ketiga.[2] Sebagaimana kampung yang lain, setiap sub-kawasan mempunyai seorang ketua kampung sebagai ketua komuniti. Ketiga-tiga kampung tersebut merupakan sebahagian dari kampung-kampung di bawah Mukim Gadong 'B'.[3] Setiap sub-kawasan juga merupakan kawasan poskod dan mempunyai poskod sendiri.
Lihat jugaRujukan
Information related to Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Mata-Mata |
Portal di Ensiklopedia Dunia