Sakit kronik ditakrifkan sebagai sakit yang berlangsung lebih lama daripada tiga hingga enam bulan.[1] Dalam perubatan, perbezaan antara sakit akut dan kronik kadang-kadang ditentukan oleh jumlah masa sejak awal. Dua penanda yang biasa digunakan adalah kesakitan yang berlanjutan pada tiga bulan dan enam bulan sejak permulaan,[2] tetapi beberapa ahli teori serta penyelidik telah meletakkan peralihan dari kesakitan akut ke kronik pada 12 bulan.[3] Ada juga menggunakan istilah "akut" untuk sakit kurang dari 30 hari, "subakut" untuk kesakitan yang berlangsung dari satu hingga enam bulan dan "kronik" untuk sakit lebih dari enam bulan.[4] Istilah alternatif yang popular bagi sakit kronik ialah "kesakitan yang melangkaui jangka masa penyembuhan yang diharapkan".[2]
Kesakitan kronik mungkin berasal dari badan, atau di otak atau saraf tunjang. Selalunya sukar untuk dirawat. Kajian epidemiologi mendapati bahawa 8% hingga 11.2% orang di pelbagai negara mengalami sakit kronik.[5] Pelbagai ubat bukan opioid pada mulanya disyorkan untuk merawat sakit kronik, bergantung kepada kesakitan itu disebabkan oleh kerosakan tisu atau neuropatik.[6][7] Rawatan psikologi termasuk terapi tingkah laku kognitif dan terapi penerimaan dan komitmen mungkin berkesan untuk meningkatkan kualiti hidup seseorang individu yang mempunyai sakit kronik. Beberapa orang yang ada kesakitan kronik mungkin mendapat manfaat daripada rawatan opioid sementara yang lain boleh dirugikan olehnya.[8][9] Individu bukan penghidap barah/kanser yang tidak dibantu oleh ubat bukan opioid mungkin disyorkan untuk mencuba opioid jika tiada sejarah mencuba atau menggunakan dadah dan tiada penyakit mental semasa.[10] Sekiranya sakit kronik tidak dapat diatasi, opioid mesti dihentikan.
Klasifikasi
International Association for the Study of Pain mentakrifkan sakit kronik sebagai sakit tanpa nilai biologi, yang masih berterusan lalu penyembuhan tisu yang normal. DSM-5 mengiktiraf sebagai satu gangguan sakit kronik, gangguan gejala somatik. Kriteria tersebut merangkumi sakitmyang berpanjangan lebih lama daripada enam bulan.[11]
^ abTurk DC, Okifuji A (2001). "Pain terms and taxonomies". Dalam Loeser D, Butler SH, Chapman JJ, Turk DC (penyunting). Bonica's Management of Pain (ed. 3rd). Lippincott Williams & Wilkins. m/s. 18–25. ISBN978-0-683-30462-6.
^Thienhaus O, Cole BE (2002). "Classification of pain". Dalam Weiner RS (penyunting). Pain management: A practical guide for clinicians (ed. 6). American Academy of Pain Management. ISBN978-0-8493-0926-7.
^Tauben D (May 2015). "Nonopioid medications for pain". Physical Medicine and Rehabilitation Clinics of North America. 26 (2): 219–48. doi:10.1016/j.pmr.2015.01.005. PMID25952062.
^Welsch P, Sommer C, Schiltenwolf M, Häuser W (February 2015). "[Opioids in chronic noncancer pain-are opioids superior to nonopioid analgesics? A systematic review and meta-analysis of efficacy, tolerability and safety in randomized head-to-head comparisons of opioids versus nonopioid analgesics of at least four week's duration]". Schmerz (dalam bahasa Jerman). 29 (1): 85–95. doi:10.1007/s00482-014-1436-0. PMID25376546.