Penyakit senggugut
"PMS" links to this article. See PMS (disambiguation) for other meanings.
Penyakit senggugut (PMS) merupakan himpunan simptom fizikal, psikologi, dan emosi yang berkait dengan kitaran haid wanita. Dianggarkan kebanyakan wanita pada usia boleh mengandung (child-bearing age) (sekitar 80 peratus) mempunyai sebahagian simptom PMS,[1] the official definition limits the scope to having symptoms of "sufficient severity to interfere with some aspects of life".[2] Simptom sedemikian biasanya boleh dijangka dan berlaku secara tetap semasa dua minggu sebelum haid. Biasanya simptom mungkin hilang sebelum atau selepas permulaan aliran haid. Bagi sesetengah wanita dengan PMS, simptom amat teruk sehingga mereka dianggap melumpuhkan. Bentuk PMS ini mempunyai nama psychiatric tersendiri: Penyakit senggugut teruk (premenstrual dysphoric disorder) (PMDD). Dalam kegunaan, ringkasan PMS difahami secara meluas di Amerika Syarikat (dan negara lain, sebagai contoh Australia) sebagai merujuk kepada kesukaran dikaitkan dengan haid, dan ringkasan ini digunakan secara kerap malah dalam kedudukan biasa atau tidak formal, tanpa terikat dengan ketegasan perubatan. Dalam konteks ini, sindrom jarang dirujuk tanpa ringkasan, dan konotasi rujukan adalah lebih meluas berbanding istilah perubatan. SimptomPMS merupakan himpunan simptom. Lebih dari 200 simptom berbeza telah dikenal pasti, tetapi tiga simptom paling menonjol adalah mudah terganggu (irritability), ketegangan, dan dysphoria (murung).[2] Simptom sebenar dan tahapnya berbeza antara seseorang wanita dengan wanita. Kebanyakanwanita dengan sindrom prehaid mengalami hanya sedikit dari masalah tersebut. Simptom berikut juga boleh disandarkan kepada PMS: [3][4] [5][6]
Faktor risiko
Sejarah keluarga sering kali merupakan petunjuk baik bagi kemungkinan sindrom prehaid; kajian mendapati bahawa kehadiran PMS adalah dua kali ganda lebih tinggi dikalangan kembar seiras berbanding kembar sebapa.[2] Sungguhpun kehadiran sindrom prehaid adalah tinggi dikalangan wanita dengan masalah affective (affective disorders) seperti kemurungan dan masalah bipolar, kaitan punca tidak dapat dipastikan. Vitamin B turut didakwa mampu membantu dengan menstabilkan emosi. DiagnosisTidak terdapat ujian makmal atau penemuan fizikal unik untuk mengesahkan diagnosis PMS. Untuk menentukan satu corak, doktor mungkin meminta pesakit wanita untuk menyimpan rekod prospektif mengenai simptomnya pada sekeping takwim untuk sekurang-kurangnya dua kitaran haid.[3] Ini akan membantu menentukan, adakah, prehaid dan boleh diramal berulang. Sejumlah peralatan piwaian telah dibangunkan bagi mengukur PMS, termasuk Kalendar bagi sindrom Pengalaman Prehaid (Calendar of Premenstrual syndrome Experiences - COPE), Rekod Prospektif Bagi Kesan Dan Keterukan Haid (PRISMA), dan Penimbang Analog Visual (Visual Analogue Scales - VAS).[2] Tambahan, keadaan lain mungkin menjelaskan simptom dengan lebih baik mungkin diketepikan.[2] Sejumlah keadaan perubatan cenderung menjadi teruk ketika haid, proses yang dikenali sebagai peningkat haid Keadaan ini mungkin mendorong kepada pesakit mempercayai bahawa dia mengidap PMS, sedangkan masalah sebenar mungkin masalah lain. Ciri utama adalah keadaan ini mungkin wujud di luar fasa haid (luteal). Keadaan yang boleh ditingkatkan oleh prehaid termasuk kemurungan, migran, masalah sawan, sindrom lesu kronik, sindrom usus besar resah (irritable bowel syndrome), asthma, dan alahan.[2] Sungguhpun tidak terdapat persetujuan umum mengenai apa yang ditakrifkan sebagai takrifan rasmi bagi menentukan PMS, dua takrifan yang biasa digunakan dalam program penyelidikan:
Etikologi (Punca)Punca sebenar senggugut PMS tidak difahami sepenuhnya. Sungguhpun PMS dikaitkan dengan fasa bulan (luteal phase), ukuran paras hormon seks adalah dalam lingkungan aras normal. PMS cenderung lebih kerap dikalangan kembar, mencadangkan kemungkinannya terdapat komponen genetik.[2] Pemikiran semasa mensyaki bahawa interaksi pemancar neuron-saraf-pusat dengan hormon seks terjejas.[2] Ia dipercayai berkait dengan kegiatan serotonin (sejenis pemancar neuron (neurotransmitter)) dalam otak.[5] [8][9] Faktor genetik kelihatannya memainkan peranan, kerana kadar kejadian adalah dua kali ganda dalam kembar monozygotik berbanding kembar dizygotik.[10] Kajian awal menunjukkan sehingga 40% wanita dengan simptom PMS, mempunyai penurunan jelas dalam aras kitaran serum beta-endorphin. Beta endorphin adalah opioid neurotransmitterang dihasilkan secara semulajadi yang mempunyai kecenderungan bagi penerima yang sama yang dicapai oleh heroin dan candu lain. Sesetengah penyelidik menyedari pesamaan antara kehadiran simptom PMS dan simptom pemulihan (withdrawal) candu.[11] RawatanBanyak rawatan telah dicadangkan bagi PMS, termasuk perubahan permakanan atau cara hidup, dan kaedah sokongan lain. Kegunaan ubat kebanyakannya berkenaan kegunaan hormon dan perencat peningkatan semula serotonin khusus (selective serotonin reuptake inhibitor - SSRIs).
PrognosisPMS biasanya diagnosis sebagai stabil, dengan wanita lemah mengalami simptom yang sama dengan tahap yang sama pada akhir setiap kitaran bertahun-tahun lamanya.[16] Rawatan bagi simptom khusus biasanya berkesan bagi mengawal simptom. Walaupun tanpa rawatan, simptom cenderung berkurangan pada wanita haid berkurangan (perimenopausal), dan hilang apabila berhenti haid (menopause).[17] Wanita yang mengalami PMS mempunyai peningkatan risiko bagi kemurungan klinikal. EpidemiologiSejarahPMS pada mulanya dilihat sebagai penyakit khayalan. Apabila wanita mula melaporkan simptom ini, mereka sering diberitahu "semuanya adalah khayalan mereka". Minat mengenai PMS mula meningkat apabila ia digunakan dalam perbelaan jenayah di Britain pada awal 1980-an. [perlu rujukan] Kajian mengenai PMS diakibatkan oleh banyak watak dalam masyarakat. Pakar perubatan dan penyelidik mengkaji dan merawat keadaan perubatan yang dikenali. Untuk memberi kesan, kewujudan, dan kepentingan penyakit perlu diterima oleh masyarakat. Wanita telah menyumbang kepada peningkatan minat kepada PMS dan penerimaan masyarakat kepadanya sebagai satu penyakit. Ia telah didakwa bahawa wanita trut bertanggung jawab bagi perubatan PMS.[18] Dengan mengesahkan masalah ini, wanita telah menyumbang kepada pembentukan masyarakat untuk menerima bagi PMS sebagai satu penyakit. Ia turut mencadangkan bahawa perdebatan umum mengenai PMS dan PMDD dipengaruhi oleh pertubuhan yang mempunyai kepentingan kepada keputusannya termasuk pergerakan wanita (feminists), APA, pakar perubatan dan pakar sains.[19] Kajian mengenai simptom PMS bukanlah perkembangan baru. Perdebatan mengenai definasi dan pengesahan mengenai sindrom ini mempunyai sejarah yang panjang. Sebagaimana dinyatakan di atas, peningkatan kesedaran umum mengenai PMS bermula sejak 1980-an. Sehingga masa itu, tidak banyak penyelidikan dilakukan mengenai PMS dan ia tidak dilihat sebagai masalah masyarakat. Melalui ujian klinikal dan usaha pejuang wanita, pandangan PMS dalam konteks masyarakat telah bermula. Rujukan
Pautan luar
Information related to Penyakit senggugut |
Portal di Ensiklopedia Dunia