Mialgia
Mialgia (juga dipanggil sakit otot dalam istilah orang awam) ialah istilah perubatan untuk sakit otot. Mialgia adalah simptom untuk banyak jenis penyakit. Penyebab mialgia akut yang paling biasa ialah penggunaan otot atau kumpulan otot yang berlebihan; punca lain yang mungkin adalah jangkitan virus, terutamanya apabila tiada trauma. Mialgia yang terlalu lama boleh disebabkan oleh miopati metabolik, beberapa kekurangan nutrisi, dan sindrom letih kronik. PuncaPenyebab mialgia yang paling biasa adalah penggunaan berlebihan, kecederaan, dan regangan. Mialgia juga mungkin disebabkan oleh alahan, penyakit, ubat-ubatan, atau sebagai tindak balas kepada vaksinasi. Dehidrasi kadangkala mengakibatkan sakit otot juga, terutamanya bagi mereka yang terlibat dalam aktiviti fizikal ekstensif seperti bersenam. Sakit otot juga merupakan gejala biasa dalam pelbagai penyakit, termasuk penyakit berjangkit, seperti influenza, abses otot, penyakit Lyme, malaria, trichinosis atau poliomielitis;[1] penyakit autoimun, seperti penyakit seliak, lupus eritematosus sistemik, sindrom Sjögren atau polimiositis;[1][2] penyakit gastrousus, seperti sensitiviti gluten bukan seliak (yang juga boleh berlaku tanpa gejala penghadaman) dan penyakit radang usus (termasuk penyakit Crohn dan kolitis ulseratif).[3] Penyebab yang paling biasa ialah:[perlu rujukan]
Sakit otot berlaku dengan:
Terlebih gunaPenggunaan otot yang berlebihan ialah menggunakannya terlalu banyak, terlalu cepat atau terlalu kerap.[7] Satu contoh ialah kecederaan regang berulang . Lihat juga: KecederaanPenyebab mialgia yang paling biasa akibat kecederaan ialah: terseliuh dan tegangan.[7] Autoimun
Kecacatan metabolik
Lain-lain
Sindrom penarikan dari ubat tertentuPemberhentian secara tiba-tiba kortikosteroid dos tinggi, opioid, barbiturat, benzodiazepin, kafein atau alkohol boleh menyebabkan mialgia.[perlu rujukan] RawatanApabila punca mialgia tidak diketahui, ia perlu dirawat secara simptomatik. Rawatan biasa termasuk haba, rehat, parasetamol, NSAID, urutan, krioterapi dan relaksan otot.[9] Lihat jugaRujukan
Pautan luarInformation related to Mialgia |
Portal di Ensiklopedia Dunia