Park Yong-ha
Park Yong Ha(12 Ogos 1977 ~ 30 Jun 2010) merupakan pelakon drama popular Korea Selatan Winter Sonata. Beliau juga penyanyi terkenal di Jepun. Drama ini terkenal di Korea Selatan , Jepun , Asia Tenggara , termasuk Malaysia. Ada pelancong yang hendak merasai musim salji di Korea Selatan kerana pengaruh drama ini. KerjayaKerjayanya bermula pada 2002 dan melonjak selepas membintangi drama bersiri Winter Sonata. 10 albumnya popular di Jepun dan dipasarkan dalam tempoh lima tahun.Sepatutnya di memulakan penggambaran drama Korea,Comrades, Almost A Love Story pada bulan Julai 2010. Membunuh diriPada 1 julai 2010, Park Yong-Ha (33) ditemui tergantung membunuh diri di rumahnya di Seoul, Korea Selatan ekoran tekanan kerja dan tanggungjawab menjaga bapanya yang menghidap kanser perut. Ibunya dan polis mendapati dia menggantung diri dengan wayar elektrik di dalam bilik tidur.Sebelum itu pulang dalam keadaan mabuk.Dia tidak berdepan dengan masalah kewangan atau kemurungan. Dia terpaksa membahagikan masa untuk menguruskan syarikat hiburan dan kerjayanya sebagai pelakon serta penyanyi semasa bapanya berdepan dengan kanser perut.Dia ada mengirim SMS meminta maaf dan menyatakan dirinya yang lebih sakit.[1] Sebelum ini bintang filem Lee Eun Joo turut membunuh diri pada 2005. Choi Jin Sil juga membunuh diri pada 2008. Tahun 2010 Jin Young juga membunuh diri. Kadar membunuh diri di Korea Selatan agak tinggi iaitu 24 dari 100,000 orang membunuh diri.[2] Biodata:
Album
Filem
Drama TV
RujukanInformation related to Park Yong-ha |
Portal di Ensiklopedia Dunia