Park Jin-young (Hangul: 박진영, Hanja: 朴軫永, lahir 13 Disember 1971[A]) juga dikenali sebagai J.Y. Park dan The Asiansoul (atau JYP sahaja) ialah seorang penyanyi, penulis lagu, penari, penerbit rakaman di Korea Selatan dan CEO semasa serta pengasas JYP Entertainment, salah satu agensi hiburan yang paling besar di Korea Selatan.[1] Sepanjang tempoh 11 tahun beliau telah menjadi seorang penerbit, komposer, dan artis yang terkenal, menjadi satu-satunya penerbit dari Asia yang berjaya memembusi pasaran AS. Sebagai ketua JYP Entertainment, Beliau telah mengembangkan dan menguruskan artis K-pop yang sangat berjaya termasuk Rain, Wonder Girls, 2PM, Miss A, Got7, Suzy, Stray Kids, Day6, Twice, Itzy, Boy Story dan NiziU.[2][3][4]
Kehidupan dan pendidikan awal
Park Jin-young dilahirkan di Seoul pada 13 Disember 1971. Ayahnya adalah wartawan berita yang berpusat di Amerika Syarikat. Pada usia 9 tahun, Park Jin-young berpindah bersama ibunya ke New York berikutan perkerjaan ayahnya. Mereka tinggal di sana selama tiga tahun sebelum Park kembali ke Seoul untuk ke sekolah menengah. Dia kemudian belajar di Universiti Yonsei, selama itu dia mengeluarkan dua album pertamanya. Dia lulus dengan sarjana geologi pada tahun 1996.[5] Dia mempunyai seorang kakak perempuan.
Diskografi
Album studio
1994: Blue City
1995: Tantara
1997: Summer Jingle Bell
1998: Even After 10 Years
1998: Kiss Me
2001: Game
2007: Back To Stage
Album mini
2012: Spring
2013: Halftime
Album single
2009: Sad Freedom
Nota
^ abPark Jin-young dilahirkan pada 13 Disember 1971, sementara tarikh lahirnya ialah 13 Januari 1972.