Park Geun-hye
Park Geun-hye (Hangul: 박근혜; Hanja: 朴槿惠, sebutan Korea: [pak ɡɯn hɛː]; lahir 2 Februari 1952) ialah ahli politik Korea Selatan yang berkhidmat sebagai Presiden Korea Selatan ke-11 dari 2013 sehingga pemecatannya pada Mac 2017. Beliau dahulunya ialah pengerusi konservatif Parti Saenuri antara 2004 dan 2006 serta antara 2011 dan 2012 (Parti Kebangsaan Agung menukar nama kepada Parti Saenuri pada Februari 2012). Ayahnya ialah Park Chung-hee yang merupakan Presiden Korea Selatan dari 1963 hingga 1979. Beliau dianggap sebagai ahli politik paling berpengaruh di Korea sejak zaman "tiga Kim" (yakni Presiden-Presiden Kim Young-sam, Kim Dae-jung serta ahli politik Kim Jong-pil).[2] Pelantikannya selepas memenangi pilihan raya pada 19 Disember 2012 menjadikan beliau presiden wanita Korea Selatan yang pertama.[3] Pada 14 Januari 2021, Mahkamah Tinggi Korea Selatan menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun terhadap Park Geun-hye dalam keputusan terakhir mengenai skandal rasuahnya.[4][5][6] Pada 31 Disember, beliau dibebaskan di bawah pengampunan khas yang diberikan oleh Presiden Moon Jae-in.[7][8] PemecatanSebagai hasil dari pungutan suara pemecatan, Hwang Kyo-ahn, Perdana Menteri Korea Selatan, menjadi pemangku presiden sehingga 180 hari manakala Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan memutuskan sama ada akan menerima atau menolak pemecatan tersebut. Park mengakhiri jawatannya sebagai Presiden pada 10 Mac 2017 selepas Mahkamah Perlembagaan mengesahkan pemecatannya dengan sebulat suara.[9] Park kini ditahan dalam Pusat Tahanan Seoul.[10] Rujukan
Information related to Park Geun-hye |
Portal di Ensiklopedia Dunia