Mohd Salleh YaacobMohd. Salleh Yaacob (1951-2014) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan ADUN Bayu selama sepenggal (2004-2008).
Mohd Salleh mendapat pendidikan di Universiti Al-Azhar, Mesir dalam pengajian jurusan Syariah, Sejarah Islam dan Politik. Pilihan rayaMohd. Salleh menang Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 selepas menewaskan calon PAS iaitu bekas Imam Besar Masjid Negara, Datuk Taib Azamudden Md Taib. Meninggal duniaPada 10 Julai 2014, Mohd Salleh Yaacob meninggal dunia di kediamannya di Kampung Charok Puteh, Mukim Siong, Baling, Kedah. Beliau berusia 62 tahun menghidap penyakit jantung dan paru-paru. Beliau menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 5 pagi di sisi isterinya, Azidah Ahmad, 55, tiga anaknya serta ahli keluarga yang lain. Isterinya, Azidah Ahmad, 55, tiga anaknya serta ahli keluarga yang lain.Adiknya Mohd. Taufik memaklumkan bahawa arwah dimasukkan ke Hospital Baling selama seminggu kerana masalah pernafasan tapi dibenarkan keluar dari wad.[1] Mohd Salleh merupakan anak sulung daripada tujuh beradik, meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak berusia antara 17 hingga 34 tahun.[2] RujukanRujukanInformation related to Mohd Salleh Yaacob |
Portal di Ensiklopedia Dunia