Mohd Hamdi Abd Shukor
Prof. Dato' Ir. Dr. Mohd Hamdi bin Abd Shukor (lahir 1971 di Muar, Johor, Malaysia) ialah seorang ahli akademik Malaysia.[1][2] Beliau ialah bekas naib canselor Universiti Malaya (UM) ke-13, jawatan yang disandangnya dari 1 November 2020 sehingga 31 Oktober 2023.[3][4] Beliau sebelum ini merupakan naib canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke-11.[5][6] Kehidupan awal dan pendidikanMohd Hamdi dilahirkan pada tahun 1971 di Muar, Johor. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal) dari Imperial College London, England; ijazah Sarjana Sains dalam Teknologi Pembuatan dan Pengurusan Termaju daripada Institut Sains dan Teknologi Universiti Manchester, United Kingdom; dan ijazah Doktor Kejuruteraan dari Universiti Kyoto, Jepun.[3][1][7] Kerjaya akademikKerjaya akademik Mohd Hamdi bermula pada tahun 1995 apabila beliau menyertai Universiti Malaya (UM) sebagai tutor, kemudian menjadi pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Rekabentuk dan Pembuatan pada tahun 1997. Beliau kemudian dilantik sebagai Ketua Jabatan Kejuruteraan Rekabentuk dan Pembuatan (2003-2006). Beliau telah dinaikkan pangkat ke Profesor Madya pada tahun 2006 dan kemudiannya berkhidmat sebagai Profesor penuh pada tahun 2010. Beliau juga merupakan bekas Dekan Fakulti Kejuruteraan, UM (2009-2011) dan bekas Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), UM (2011-2014). Selain itu, perkhidmatan dan kepakaran beliau juga diiktiraf di peringkat antarabangsa. Mohd Hamdi juga ialah seorang Profesor Pelawat di Universiti California, Los Angeles (UCLA) pada 2015 dan 2016.[1] Kecemerlangan akademik beliau serta kualiti kepimpinan yang luar biasanya telah menjadikan Mohd Hamdi menerajui Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai Naib Canselor pada 1 Januari 2019 dan pada 1 November 2020, beliau dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaya ke-13.[1][8] Beliau menggantikan penyandang jawatan, Datuk Dr. Abdul Rahim Hashim yang tamat kontrak pada 31 Oktober 2020.[3][9][10] Beliau turut berkhidmat sebagai Ketua Pusat Teknologi Pembuatan dan Pemprosesan bahan (AMMP) dan Pusat Penyelidikan Industri 4.0 (CRI4.0) di UM. Selain menghasilkan lebih daripada 160 penerbitan berkesan dalam jurnal diindeks oleh Web of Science, beliau juga telah mencatatkan h-index of 33 dengan jumlah petikan lebih daripada 3850.[1] Mohd Hamdi juga telah dipilih ke Jawatankuasa Pemandu Persatuan Universiti Lingkungan Pasifik (APRU) bagi kerusi Asia – Asia Tenggara untuk penggal dua tahun dari 2022 sehingga 2024.[11] Anugerah
Penghargaan Malaysia
Rujukan
Pautan luarInformation related to Mohd Hamdi Abd Shukor |
Portal di Ensiklopedia Dunia