Lagu Terbaik Anugerah Industri MuzikLagu Terbaik atau digelar juga sebagai Lagu Sepanjang Tahun adalah salah satu kategori utama diberikan menerusi Anugerah Industri Muzik di mana berbentuk trofi mikrofon yang diberikan kepada persembahan rakaman lagu yang dicipta melodinya dan ditulis liriknya oleh rakyat Malaysia yang mencapai merit dan kualiti yang ditetapkan dalam industri rakaman. Ia disampaikan kepada penulis lagu dan lirik, serta diseiringkan dengan artis rakaman yang merakamkan lagu tersebut secara konsisten sejak mula diperkenal dan dianjurkan oleh Recording Industry Malaysia (RIM) dan Persatuan Industri Muzik Malaysia (PAIMM). Senarai Pemenang dan CalonLagu TerbaikSheila Majid, Nora Ariffin, Ning Baizura, M. Nasir, Anuar Zain dan Yuna merupakan penyanyi yang paling banyak menerima anugerah ini masing-masing dengan dua kemenangan. Lagu No More nyanyian SonaOne pula menjadi lagu bahasa Inggeris yang pertama diangkat sebagai pemenang kategori ini. Ning Baizura menjadi penyanyi pertama memenangi kategori ini dua tahun berturut-turut. Azlan Abu Hassan dan Loloq merupakan pencipta (komposer) dan penulis lirik yang paling banyak memenangi kategori ini masing-masing dengan empat dan tiga kemenangan. † = Lagu yang memenangi Anugerah Juara Lagu & Juara Kategori 1990an
2000an
2010an
2020an
Information related to Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik |
Portal di Ensiklopedia Dunia