Hasnol
Hasnol Bin Hassan Ariff atau lebih dikenali dengan mononim Hasnol ialah seorang penyanyi lelaki Malaysia.[1] Beliau meraih kejayaan dalam bidang muzik selepas memenangi tempat ketiga Sony Music Voice of Asia pada 1991.[2][3] Pada tahun 2014, beliau menjadi salah seorang peserta Gegar Vaganza musim pertama. KerjayaSelepas memenangi tempat ketiga Voice of Asia pada 1991, Hasnol merakamkan album pertamanya, Sudi Katakan Sudi pada 1992. Lagunya yang bertajuk sama pernah memenangi kategori Pop Rock di Anugerah Juara Lagu ke-8 setahun berikutnya, Pada tahun 1994, Hasnol melancarkan album keduanya berjudul Caraku. Pada tahun 2014, beliau kembali ke industri muzik dengan melancarkan dua lagu baru, "Tinggallah" dan "Kasih Abah".[2][4] Hasnol juga berjinak-jinak dalam bidang lakonan, telah menjayakan drama Mencari Kiblat Cinta dan Pelangi Hati serta My Sweetheart Hannan. Gegar Vaganza 2014Hasnol ialah salah seorang daripada 12 peserta Gegar Vaganza pertama yang turut disertai oleh Shima, Adilla Idris, Ayai Illusi dan Mamat Exists, namun tersingkir di konsert minggu kedua.[5] Berikut ialah senarai persembahan beliau:
Kehidupan peribadiHasnol berkahwin dengan Marina Mohin pada tahun 2010.[1] Beliau dikurniakan 4 anak yang mana 3 daripadanya menerusi perkahwinan terdahulu beliau bersama Akhmarzuraikha Salleh pada tahun 1994.[2][6] DiskografiAlbum
KompilasiSingle
Anugerah dan pencalonan
Rujukan
Pautan luarPenglihatan awal Untuk menetapkan penglihatan awal templat,
Jika parameter Information related to Hasnol |
Portal di Ensiklopedia Dunia