Muhammad Mirzahady Amir atau lebih dikenali sebagai Hady Mirza (lahir 28 Januari 1980) merupakan seorang penyanyi lelaki Singapura.[1] Beliau ialah pemenang musim kedua Singapore Idol pada 25 September 2006 di Stadium Tertutup Singapura setelah berjaya memperoleh 70% daripada lebih kurang sejuta undian daripada penonton televisyen. Beliau juga ialah pemenang musim pertama Asian Idol pada 16 Disember 2007 di Jakarta, Indonesia dan telah menewaskan lima finalis yang lain dari Indonesia, India, Filipina, Vietnam dan Malaysia.[2]
Beliau turut dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza (Musim 6) bersama dengan Naqiu Boboy.[3] Kejayaan mereka itu telah mencipta sejarah dalam program tersebut apabila dua juara sekaligus dinobatkan dalam satu musim berikutan mereka berkongsi peratusan markah yang sama.[4][5] Beliau terkenal dengan suaranya yang lunak dan keperibadiannya yang mempersonakan.
Kehidupan awal
Beliau merupakan anak kedua daripada dua adik-beradik dan mempunyai seorang kakak dalam keluarga yang berketurunan Bugis. Beliau berkelulusan dalam bidang kejuruteraan dari Politeknik Temasek.
Album beliau yang pertama, yang bertajuk Hady Mirza, telah dikeluarkan di Singapura pada 13 November 2006 dan beliau menerima anugerah Platinum selepas 4 hari albumnya dikeluarkan disusuli dengan album kedua, Sang Pemimpi dan album ketiga yang merupakan album duet bersama Taufik Batisah, Kenangan Di Hari Raya.
Selepas lama menyepi, Hady membuat kemunculan semula didalam rancangan Gegar Vaganza musim 6[7] dan menjulang takhta Juara sekaligus berkongsi kejuaraan dengan vokalis Boboy, Naqiu. Selepas GegarVaganza, Hady mulai mendapat tawaran kerja seperti menjadi pengacara. Beliau pertama kali mengacarakan rancangan siaran langsung bersama Sherry Al Hadad dalam rancangan Dansa Dan Sing.[8] Beliau juga turut menyumbangkan suaranya untuk lagu tema rancangan tersebut.
Hady bersama 23 artis terkenal Singapura termasuk Ramli Sarip, Taufik Batisah, Sylvia Ratonel, Fauzie Laily dan beberapa lagi telah merakamkan semula lagu bertajuk "Hilang Gelap Terbitlah Terang" nyanyian asal Sweet Charity sebagai penghargaan untuk pasukan barisan hadapan yang memerangi pandemik COVID-19 di Singapura. Artis lain yang terlibat termasuk Sufi Rashid dan Sezairi Sezali.[9]
Hady juga telah dilamar oleh syarikat rakaman Rocketfuel Entertainment dan bakal mengeluarkan lagu single terbaru, hasil karya komposer Indonesia, Ade Govinda.
Hady berkahwin dengan Nurjannah Abd Wahid pada 1 Mac 2014.[10] Bersama isterinya, beliau membahagikan masanya antara Kuala Lumpur, Malaysia dan Singapura.[11]
Beliau ialah cucu kepada pelakon veteran Osman Zailani.
menunjukkan templat dikecutkan ke palang tajuk jika terdapat {{palangnav}}, {{palangsisi}}, atau sebarang jadual lain pada laman dengan atribut boleh lipat
menunjukkan templat dalam keadaan dikembangkan jika tiada terdapat benda boleh lipat yang lain pada laman
Jika parameter |state= tidak ditetapkan, penglihatan awal templat diambil daripada parameter |default= dalam templat. Untuk templat ini, yang tersebut sedang menilai ke autocollapse.
</noinclude>