Nafas Cahaya
Nafas Cahaya (Inggeris: "Breath of Light") yang meledak di corong-corong radio pada 2006 merupakan salah sebuah lagu terbaik ciptaan komposer terkenal M. Nasir yang pernah diberikan kepada mana-mana artis wanita di Nusantara. Lagu ini dinyanyikan oleh penyanyi bervokal gemersik Misha Omar dan dicipta khas sebagai single pengenalan album ketiga beliau berjudul Misha Omar yang diterbitkan pada 2008. Lagu ini ditangani oleh barisan pemuzik yang pernah memenangi anugerah dalam industri rakaman seperti Ramli MS, Peter Chin, M. Nasir, Loloq dan Misha Omar sendiri serta penyanyi latar, Juanita Ismail yang pernah mengiringi persembahan Siti Nurhaliza di Konsert Royal Albert Hall, London. Barisan genius ini berjaya menghasilkan sebuah lagu yang disifatkan antara yang paling dikenang sepanjang dekad lalu. PembikinanSelepas kejayaan album kedua, Misha membayangkan akan bekerjasama dengan komposer terkenal M. Nasir untuk album ketiganya. Hasrat Misha mendapat perhatian masyarakat dan media kerana M. Nasir sememangnya agak jarang memberikan hasil karyanya untuk artis-artis wanita. Ella, Ramlah Ram, Ziana Zain, Sheila Majid dan Umie Aida adalah antara artis wanita yang bertuah kerana dapat bekerjasama dengan M. Nasir. Misha cukup bertuah kerana M.Nasir sendiri mengaguminya, malah bersedia mencipta sebuah lagu yang bersesuaian dengan karektor Misha. Projek Nafas Cahaya disifatkan Misha sebagai gabungan 3 genius kerana ia melibatkan M. Nasir sebagai komposer, serta Loloq sebagai penulis lirik dan penggubah muzik Ramli MS sebagai penerbit dan penyusun lagunya. Lagu ini pertama kali diperdengarkan di corong radio pada 28 Ogos 2006 dan pada 8 Jun 2006, Misha terlebih dahulu menyanyikannya secara eksklusif di hadapan para peminatnya ketika rakaman Konsert Fenomena RTM (yang kemudiannya disiarkan di kaca TV pada 21 Oktober 2006). PenerimaanNafas Cahaya mengejutkan pemerhati seni apabila lagu ini mula diperdengarkan. Ia sebuah lagu pop yang diadun dengan tradisional Melayu secara minimal serta sedikit sentuhan hindi. M. Nasir menyifatkan lagu ini hanya sesuai dinyanyikan Misha yang bervokal manja dan gemersik. Lirik lagu yang dicipta Loloq ini secara puitis membayangkan sang gadis yang meminta kepastian daripada seorang pemuda tentang cintanya. Simbolik lain untuk lagu ini ialah mengenai cerita umat manusia di zaman Arab Jahilliah yang mendambakan junjungan mulia Nabi Muhammad SAW menurunkan ilmu dan wahyu-wahyu Allah yang disampaikan kepadanya agar jalan dan jiwa manusia selalu terang. Pelbagai tafsiran boleh dibuat melalui lagu ini kerana unsur seninya yang cukup mendalam. Video MuzikVideo muzik lagu ini mengambil mood percintaan beberapa pasangan bercinta dengan elemen bunga-bungaan yang direkabentuk secara grafik digital. Misha merakamkan aksinya melalui layar hijau manakala beberapa babak luar studio melibatkan pelakon-pelakon video muzik ini. Mengenai pemilihan pelakon video muzik ini, kesemua mereka adalah model amatur yang akhirnya bergelar artis beberapa tahun selepas terlibat dalam projek ini. Mereka adalah penyanyi Cik Manggis dari kumpulan De Fam, pelakon Azlee Khairi dan penyampai radio Cik Pia. LirikSebelum bintang ada sana KontroversiKetika lagu ini dicalonkan di peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 21 untuk kategori Irama Malaysia dan Etnik Kreatif, ramai yang meramalkan lagu ini akan terpilih ke Anugerah Juara Lagu ke 21. Malangnya,keputusan juri menunjukkan sebaliknya. Ramai pemerhati seni melihat keputusan ini agak mengejutkan walaupun lagu ini memiliki mutu penciptaannya yang sangat baik. Nafas Cahaya akhirnya menebus kegagalan untuk ke Anugerah Juara Lagu ke 21 apabila menang di Anugerah Industri Muzik ke 16, empat tahun selepas lagu ini diperkenalkan. Tenaga ProduksiLagu: M. Nasir PencapaianLagu ini mencapai kedudukan teratas di carta-carta muzik Malaysia seperti Era.fm, Hot.fm, Muzik.fm, KL.fm, Suria.fm dan red.fm. Lagu ini mendapat kedudukan kedua di carta mingguan Muzik-Muzik pada minggu pertama pencalonannya. Menang
Pencalonan
Information related to Nafas Cahaya |
Portal di Ensiklopedia Dunia