Gerak Khas
Gerak Khas merupakan sebuah siri drama televisyen kepolisan Malaysia terbitan Skop Productions dengan idea dan konsep asal oleh Yusof Haslam, bersiaran di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3). Drama ini bersiaran dari 5 April 1999 hingga 27 Mac 2021. Drama ini pernah kembali disiarkan di TV1 pada tahun 2004 sehingga tahun 2006 sempena dengan penjenamaan semula stesen tersebut, kemudian Gerak Khas bersiaran semula di TV2 pada tahun 2006. Siri ini memaparkan kes-kes jenayah yang sering berlaku di negara ini seperti penculikan, penyeludupan, pembunuhan, rompakan, ceti haram, penipuan, dadah dan sebagainya.[3] Siri ini turut mencetukan adaptasi filem yang diterbitkan antara 2001 dan 2005. Barisan pelakon Gerak Khas bersilih ganti, dengan pengecualian Yusof Haslam, A. Galak, Farid Amirul, Deen Maidin, ACP Shaharon Anuar dan Abby Abadi yang merupakan pelakon asalnya sejak siri ini diperkenalkan. Gerak Khas turut mendapat pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records sebagai “Siri Drama Yang Paling Lama Bersiaran”.[4] Drama ini direhatkan pada Julai 2011 selepas musim terakhirnya disiarkan lalu digantikan oleh Metro Skuad yang disiarkan dari Mac 2012 hingga Mac 2013.[5][6] Pada 14 Februari 2014, Gerak Khas kembali menemui penonton selepas hampir tiga tahun direhatkan dengan mengekalkan sebahagian besar daripada pelakon asalnya dengan penambahan pelakon baru.[7][8] Siri ini kembali dengan musim ke-20 yang memulakan tayangan perdana di TV3 pada 4 Disember 2020 dengan musim ke-20 ini menjadi musim terakhir.[9] Pada 1 Oktober 2021, Gerak Khas kembali bersiaran dengan nafas baru berjudul Gerak Khas Undercover. PremisUnit Gerak Khas yang di bawah pimpinan Datuk Helmi telah ditugaskan untuk membanteras jenayah hingga ke akar umbi demi kesejahteraan rakyat dan keselamatan negara. Beliau dibantu oleh anggota-anggota bawahan dan pegawai-pegawai atasannya. Pelbagai cabaran dan dugaan yang harus dihadapi oleh pihak Unit demi menjaga keamanan negara. Konsep dan formatGerak Khas merupakan idea dan konsep asal Yusof Haslam, dibangunkan oleh Skop Productions dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Di awal kemunculan Gerak Khas, barisan pelakon asal terdiri daripada Abby Abadi, AC Mizal, A. Galak, Deen Maidin, Shaharon Anuar, Farid Amirul dan Yusof sendiri. Lagu tema Gerak Khas asal dicipta oleh PH Lim dan dinyanyikan oleh AC Mizal dan Abby Abadi, kemudian digubah semula oleh James Baum bermula pada 2009. Siri ini pada asalnya disiarkan pada 5 April 1999 jam 9:30 malam di TV1. Namun sejak 2004, ia bersiaran di TV1 setiap rabu jam 9.00 malam selepas penjenamaan semula siaran RTM. Namun ditukar semula ke TV2 pada tahun 2006. Pada tahun 2007 Siri ini diubah waktu siarannya pada hari jumaat jam 9.00 malam dan pada tahun 2009 waktu siaran diubah waktu iaitu 10.00 malam dan kembali semula kepada waktu asal pada tahun 2010 jam 9.00 malam. Pada tahun 2017, siri ini diubah waktu iaitu bermula jam 8.30 malam pada hari yang sama. PelakonBerikut ialah senarai barisan pelakon terkini dan terdahulu siri drama Gerak Khas (termasuk Gerak Khas Undercover dan tidak termasuk filem): Pelakon utama
Pelakon terdahulu
Pelakon undanganDari 1999 hingga 2011 dan sejak 2014, Gerak Khas menampilkan barisan pelakon-pelakon popular tanah air sebagai pelakon undangan dalam setiap episod. Terdapat juga pelakon undangan yang muncul dalam lebih daripada satu episod. Catatan: Semua barisan pelakon disusun mengikut urutan abjad.
AdaptasiFilemTerdapat tiga buah filem berdasarkan siri drama tersebut.
TelefilemSelain drama dan filem, terdapat juga telefilem yang berdasarkan siri drama ini, yang mana ia disiarkan sempena Hari Raya Aidilfitri.
EpisodSambutan dan legasiSejak April 2006, siri drama TV ini merupakan satu-satunya rancangan bersiri pilihan penonton TV2 sehingga kini, yang mana rancangan-rancangan bersiri lain di saluran tersebut kurang menepati selera penonton.[18] Siri ini telah diparodikan oleh Astro Warna dengan judul Gelak Khas, disiarkan pada 2009 dan dibintangi oleh kumpulan Sepah. Gerak Khas turut dijadikan sebagai panduan untuk filem KL Special Force arahan Syafiq Yusof yang ditayangkan pada 8 Mac 2018, dibintangi oleh Rosyam Nor, Fattah Amin dan Syamsul Yusof.[19] Lagu tema Gerak Khas juga digunakan sebagai sampel lagu latar untuk filem 2014, Abang Long Fadil arahan Syafiq. Malah, nama Gerak Khas juga disebut oleh Inspektor Shuib lakonan Shuib Sepahtu ketika bertanya kepada Inspektor Wahab lakonan Syamsul Yusof mengenai Unit Skuad Khas dalam Abang Long Fadil 2. Enam bulan selepas Gerak Khas berakhir, siri ini kembali semula dengan siri terbitan turunan berjudul Gerak Khas Undercover diarahkan oleh Syafiq Yusof bersama beberapa pengarah lain serta dibarisi oleh Aaron Aziz, Elizabeth Tan, Ruzana Ibrahim, Raja Afiq, Eizlan Yusof, Rosyam Nor termasuk kemunculan semula AC Mizal selain mengekalkan pelakon siri itu. Gerak Khas Undercover memulakan tayangan perdana di TV3 bermula 1 Oktober 2021.[20][21] KontroversiSepanjang ia bersiaran, Gerak Khas turut berdepan dengan beberapa kontroversi dan skandal yang melibatkan pelakon-pelakonnya. Dua pelakon utamanya, Norman Hakim dan Abby Abadi memfailkan perceraian pada awal 2009 gara-gara Norman yang ditangkap berkhalwat dengan pelakon, Memey Suhaiza.[22][23] Seorang lagi pelakonnya, Farid Amirul yang didakwa atas kesalahan mencuri buku di kedai buku MPH Bookstores di Mid Valley Megamall, Bangsar, Kuala Lumpur, buku tersebut yang dicurinya ialah Decoding The Heaven dan The Sistine Secrets. Akibatnya, Farid telah dipenjarakan selama setahun dan beliau juga dilarang berkunjung ke mana-mana kedai buku MPH yang lain.[24][25][26] Salah satu episod dalam musim ke-10 siri ini, "Sadis" menerima kecaman daripada banyak pihak kerana jalan ceritanya dikatakan hampir serupa dengan kes pembunuhan kanak-kanak, Nurin Jazlin Jazimin. Yusof Haslam bagaimanapun mengeluarkan permohonan maaf susulan isu tersebut dan tidak berniat untuk mempersenda mahupun menyinggung perasaan keluarga Nurin Jazlin.[27][28] Anugerah
Lihat juga
Catatan
Rujukan
Pautan luarInformation related to Gerak Khas |
Portal di Ensiklopedia Dunia