Gerak Khas The Movie
Gerak Khas The Movie merupakan filem aksi kepolisan Malaysia 2001 berdasarkan daripada drama kepolisan Gerak Khas.[1] Ia diterbitkan, ditulis dan diarahkan oleh Datuk Yusof Haslam terbitan Skop Productions, dibintangi oleh Dato' AC Mizal, Abby Abadi, Erra Fazira, Datuk Rosyam Nor dan Norman Hakim.[2] Filem ini mengisahkan mengenai Unit Gerak Khas yang ditugaskan untuk menumpaskan satu sindiket yang terlibat dalam kegiatan pengedaran VCD lucah dan pil ecstacy yang diketuai oleh Castelo (Datuk Rosyam Nor). Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 1 Mac 2001. Sebanyak dua filem susulannya telah diterbitkan, iaitu Gerak Khas The Movie II (2002) dan GK3 The Movie (2005). SinopsisUnit Gerak Khas ditugaskan untuk menghancurkan satu sindiket yang terlibat dalam kegiatan pengedaran VCD lucah dan pil ekstasi. Sindiket tersebut didalangi oleh dua kumpulan haram yang bermusuh (Castello dan Rafael). Kedua-dua kumpulan ini juga terlibat dalam kegiatan cetak rompak, senjata api serta menguasai pasaran VCD haram dan VCD lucah hampir di seluruh negara. Inspektor Mazlan dan Inspektor Aleeza telah ditugaskan untuk mengawasi dan mengintip gerakan kedua-dua kumpulan haram tersebut. Dalam pada itu Unit Gerak Khas menerima kehadiran Inspektor Shafikah yang ditugaskan untuk membantu siasatan. Kemunculan Shafikah membuatkan Unit Gerak Khas semakin ceria. Keramahan Shafikah menyenangkan semua anggota Gerak Khas lebih-lebih lagi Inspektor Mazlan yang mula menaruh minat dan cuba mendekati Shafikah dengan lebih rapat. Sementara itu seorang wartawan TV (Azura) yang membuat liputan berita-berita jenayah mengintip gerakan Castelo dan Rafayel. Ekoran dari tindakan Polis yang semakin hebat dan mengancam empayar perniagaan VCD haram dan pil ecstacy, dua kumpulan haram (Castelo dan Rafayel) yang selama ini bermusuhan telah bersatu. Mereka merancang untuk memerangi anggota Gerak Khas. Tindakan mereka dibantu oleh Suzana yang sebenarnya adalah 'mastermind' dalam kegiatan jenayah. Sementara itu konflik hubungan antara Aleeza dan Mazlan semakin tegang. Mereka sering berbalah. namun atas kesedaran dan komited dengan tanggungjawab yang dipikul, masing-masing melupakan soal peribadi dan meneruskan misi menghancurkan dua kumpulan penjenayah Castelo dan Rafayel. PelakonPelakon utama
Pelakon pembantu
Penampilan kameo
Pelakon tambahan
KeluaranGerak Khas The Movie dikeluarkan pada 1 Mac 2001 dan menjadi filem Malaysia pertama yang ditayangkan pada 2001. Filem ini telah menelan belanja sebanyak RM1.35 juta. Kutipan yang diterima untuk filem ini adalah sebanyak RM4,396,053.25.[4] Muzik
Runut bunyi filem Gerak Khas The Movie dikeluarkan pada 6 Mac 2001 dan diterbitkan oleh Nova Music. Lagu "Keliru" nyanyian AC Mizal dan "Keranamu Kekasih" nyanyian Illa Sabry dikeluarkan sebagai single utama.[5] Pembikinan album runut bunyi Gerak Khas memakan belanja lebih RM40,000.[5]
KesinambunganKesinambungannya, Gerak Khas The Movie II dikeluarkan pada 2002, selepas kejayaan filem pertama,[6] diikuti oleh filem ketiga dan terakhir, GK3 The Movie (juga dikenali sebagai Gerak Khas the Movie III) dikeluarkan 2005.[7] Anugerah dan pencalonan
Lihat jugaRujukan
Pautan luarInformation related to Gerak Khas The Movie |
Portal di Ensiklopedia Dunia