Todak, suji todak, mersuji atau tumbuk banir (nama saintifik: Xiphias gladius)[4][5][halaman diperlukan] ialah spesies ikanpemangsa yang tunggal dalam keluarga Xiphiidae[6] ditemukan meluas di perairan beriklim sederhana dan tropika lautan-lautan Atlantik, Pasifik, dan Hindi dari dekat permukaan sehingga ke kedalaman 550 meter malah melebihi kedalaman 2,234 m.[2]
Taksonomi
Nama genus Xiphia dan keluarga Xiphiidae datang daripada perkataan bahasa Yunaniξίφοςcode: el is deprecated xiphos yang bermaksud "pedang".[7]
Ciri-ciri
Kepala
Ikan ini mempunyai muncung panjang yang leper dan tajam, muncung ini digunakan untuk mengelar mangsanya sehingga terluka sebelum mangsa itu boleh diterkam.[7]
Biji-biji matanya mempunyai organ khas yang memanaskan dan meningkatkan suhu kepada 10–15 °C lebih daripada suhu air di sekelilingnya. Pemanasan ini meningkatkan daya penglihatannya yang memudahkan kebolehannya memburu mangsa.[8][9]
Badan
Badannya bulat dan lonjong. Ia biasanya mencapai panjang 3 m (10 ka), dengan panjang maksimumnya dicatatkan 4.55 m (14 ka 11 in) dengan berat 650 kg (1,430 lb).[3][7] Ia kehilangan semua gigi dan sisik apabila menjadi dewasa.
^Froese, Rainer; Pauly, Daniel, penyunting (Disember 2011). "Common names of Xiphias gladius". FishBase. Dicapai pada 1 Disember 2023. Check date values in: |access-date= (bantuan)
^Yusri Atan; Hamadan Jaafar; Abdul Rahman Abdul Majid, penyunting (2015). Ikan Laut Malaysia: Glosari Nama Sahih Spesies Ikan. Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia. ISBN9789834603755.
^Froese, Rainer; Pauly, Daniel, penyunting (Disember 2011). "Family Xiphiidae - Swordfish". FishBase. Dicapai pada 26 November 2023. Check date values in: |access-date= (bantuan)
^ abcGardieff, S. "Swordfish". Muzium Sejarah Alam Semula Jadi Florida. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Ogos 2015. Dicapai pada 26 Disember 2011.