Pliosen
Pliosen (nama lainnya Pleiosen)[3] ialah nama untuk epok dalam skala masa geologi yang menjangkau dari 5.333 juta hingga 2.58[4] juta tahun dahulu. Ia merupakan epok kedua dan terbaharu di bawah Tempoh Neogen dalam Era Senozoik. Pliosen mengikuti Epok Miosen dan diikuti oleh Epok Pleistosen. Sebelum semakan tahun 2009 skala masa geologi, yang meletakkan empat tempoh glasier utama terkini sepenuhnya dalam epok Pleistosen, epok Pliosen ini juga mempunyai Peringkat Gelasian, yang berlangsung dari 2.588 sehingga 1.806 juta tahun dahulu, namun kini Peringkat Gelasian termasuk dalam epok Pleistosen.[5] Seperti tempoh-tempoh geologi lama yang lain, stratum geologi yang mentakrifkan tempoh permulaan dan tempoh penghujung dapat dikenal pasti tetapi tarikh tepat permulaan dan akhir zaman itu ada sedikit ketidakpastian. Sempadan yang mentakrifkan Pliosen tidak ditetapkan pada peristiwa berskala dunia yang mudah dikenal pasti tetapi pada sempadan serantau antara epok Miosen yang lebih panas dan epok Pleistosen yang secara relatifnya lebih sejuk. Sempadan atas Pliosen ditetapkan pada permulaan tempoh glasier Pleistosen. EtimologiCharles Lyell (kemudian Sir Charles) memberikan Pliosen namanya dalam Principles of Geology (jilid 3, 1833). [6] Perkataan pliocene berasal daripada perkataan Yunani πλεῖον (pleion, "lebih") dan καινός (kainos, "baharu" atau "terbaharu")[7] dan bermaksud secara kasarnya "penerusan yang baru-baru ini", merujuk kepada fauna moluska lautan yang pada asasnya moden. SubbahagianDalam skala masa rasmi ICS, Pliosen dibahagikan kepada dua peringkat. Dari yang paling muda hingga yang paling tua adalah:
Peringkat Piacenzian kadangkala dirujuk sebagai Peringkat Pliosen Akhir, manakala Peringkat Zanklean dirujuk sebagai Peringkat Pliosen Awal. Dalam sistem
Di kawasan Paratetis (Eropah tengah dan bahagian Asia barat) Pliosen mengandungi peringkat Dakian (kira-kira sama dengan peringkat Zanklean) dan peringkat Romanian (kira-kira sama dengan gabungan peringkat Piacenzian dan peringkat Gelasian). Seperti biasa dalam stratigrafi, terdapat banyak subbahagian serantau dan tempatan lain yang digunakan. Di Britain, Pliosen terbahagi kepada peringkat berikut (dari yang tertua sehingga yang termuda): peringkat Gedgravian, peringkat Waltonian, peringkat Pra-Ludhamian, peringkat Ludhamian, peringkat Thurnian, peringkat Bramertonian atau peringkat Antian, peringkat Pra-Pastonian atau peringkat Baventian, peringkat Pastonian dan peringkat Beestonian. Di Belanda Pliosen dibahagikan kepada beberapa peringkat ini (dari yang tertua sehingga yang termuda): peringkat Brunssumian C, peringkat Reuverian A, peringkat Reuverian B, peringkat Reuverian C, peringkat Praetiglian, peringkat Tiglian A, peringkat Tiglian B, peringkat Tiglian C1-4b, peringkat Tiglian C4c, peringkat Tiglian C5, peringkat Tiglian C6 dan peringkat Eburonian. Perkaitan yang tepat antara peringkat-peringkat tempatan ini dengan peringkat-peringkat yang dikemukakan Suruhanjaya Stratigrafi Antarabangsa (ICS) hanyalah sekadar perbezaan dari segi perincian sahaja.[13] Rujukan
Bacaan lanjut
Pautan luar
Information related to Pliosen |
Portal di Ensiklopedia Dunia