Sistem pengurusan kandunganSistem pengurusan kandungan (Bahasa Inggeris: content management system (CMS)) ialah sebuah perisian komputer yang membantu pengguna-penggunanya dalam proses pengurusan kandungan. Sebuah CMS menguruskan pelbagai dokumen dan kandungan yang lain seperti imej dan sumber-sumber multimedia. Sebuah sistem pengurusan kandungan laman web ialah sebuah sistem pengurusan kandungan dengan ciri-ciri tambahan untuk mempermudahkan langkah-langkah untuk menerbitkan kandungan web ke dalam laman web. Sistem pengurusan kandungan web biasanya digunakan sebagai tempat menyimpan, mengawal, dan menerbitkan dokumen-dokumen seperti artikel-artikel berita, manual pengguna, manual teknikal, panduan jualan, dan risalah-risalah penjualan. Sebuah sistem pengurusan kandungan boleh menyokong ciri-ciri berkenaan:
Sistem pengurusan kandungan webSistem pengurusan kandungan web ialah sebuah sistem komputer yang digunakan untuk mengurus dan mengawal koleksi dinamik sumber web yang besar (dokumen-dokumen HTML dan imej-imej yang berkaitan). Sebuah CMS mempermudahkan pengawalan dokumen, penyuntingan, dan waktu pengurusan. Sebuah CMS web menyediakan ciri-ciri berkenaan:
SejarahPenggunaan terma Sistem Pengurusan Kandungan pada asalnya digunakan untuk penerbitan laman web dan sistem pengurusan. Sistem pengurusan kandungan awal dihasilkan untuk kegunaan dalaman organisasi-oganisasi yang banyak menerbitkan web. Contohnya seperti majalah dalam talian, surat-surat khabar, dan surat berita syarikat-syarikat korporat. Pada tahun 1995, CNET menjadikan sistem penerbitan dan pengurusan dokumen web menjadi sebuah syarikat berbeza iaitu Vignette. Hal ini membolehkan pasaran komersial sistem pengurusan kandungan untuk dibuka. Dengan berlakunya evolusi pasaran, skop produk yang dipromosikan sebagai sistem pengurusan kandungan bertambah. Sistem Wiki juga dikategorikan sebagai sistem pengurusan kandungan. OperasiSebuah sistem pengurusan kandungan biasanya beroperasi di pelayan laman web berkenaan. Kebanyakan sistem menyediakan pengaksesan terkawal bagi pangkat-pengkat pengguna yang berbeza seperti penyelia, penyunting, dan pencipta kandungan. Akses selalunya melalui pelayar web dan sedikit penggunaan FTP untuk memuatnaik kandungan. Pencipta kandungan menghantar dokumen mereka ke sistem. Penyunting memberi komen, menerima atau menolak dokumen. Pereka bentuk web mereka bentuk laman web. Ketua penyunting bertanggungjawab menerbitkan hasil kerja ke dalam laman web. Sistem Pengurusan Kandungan membantu menguruskan setiap langkah dalam hasil kerja ini termasuklah dalam tugas-tugas teknikal menerbitkan dokumen ke dalam pelayan web. Kandungan serta maklumat-maklumat yang berkaitan dengan laman web selalunya akan disimpan di dalam pelayan. Sistem pengurusan kandungan akan menyimpan rekod penyuntingan lama serta penyuntingan yang terkini. Laman-laman yang dikawal dan diterbitkan melalui sistem pengurusan kandungan dapat dilihat oleh pengunjung yang melawat laman web berkenaan. Dalam organisasi-organisasi besar, pelayan berasaskan dokumen perlu berkomunikasi dengan aplikasi komputer dan Pengurusan Dokumen Terbuka API untuk beroperasi. Hal ini memudahkan kerja serta menjimatkan masa dan kos dalam pengurusan dokumen secara keseluruhannya. Ia juga membantu perjalanan serta aplikasi dokumen-dokumen ini.[1] Istilah pengelasanIstilah-istilah berkenaan sentiasa digunakan dalam hubungan dengan sistem pengurusan kandungan web tetapi ia juga mungkin tidak boleh dianggap sebagai piawai atau sejagat:
Jenis-jenis CMS
RujukanLihat jugaPautan luar
Information related to Sistem pengurusan kandungan |
Portal di Ensiklopedia Dunia