Sistem Pelancar Roket Berganda M270
Sistem Pelancar Roket Berganda M270 (SPRB M270) adalah merupakan sebuah pelancar roket berganda dan dikelaskan sebagai artileri roket. M270 telah dikeluarkan oleh syarikat Lockheed Martin dari Amerika Syarikat dan Diehl BGT Defence dari Jerman. Sistem roket pertama telah diserahkan kepada Tentera Darat Amerika Syarikat pada tahun 1983. Sistem ini kemudian digunakan secara meluas di negara-negara NATO di Eropah. 1,300 unit sistem M270 telah dikilangkan bersama-sama dengan 700,000 roket. Sistem ini juga digunakan di dalam Perang Teluk, di mana ia berjaya membuktikan ia sebagai satu sistem senjata yang pratikal dan berkesan. Pengeluaran M270 ditamatkan pada tahun 2003, dengan penghantaran kumpulan terakhir dibuat kepada Tentera Darat Mesir. Pengguna
RujukanPautan luar
Information related to Sistem Pelancar Roket Berganda M270 |
Portal di Ensiklopedia Dunia