Rocky
Rocky ialah sebuah filem drama sukan Amerika Syarikat 1976 diarahkan oleh John G. Avildsen dan ditulis serta dibintangi Sylvester Stallone.[2] Filem ini juga dibintangi Talia Shire sebagai Adrian, Burt Young sebagai Paulie, Burgess Meredith sebagai Mickey Goldmill dan Carl Weathers sebagai Apollo Creed. Filem ini yang dibuat dengan bajet sebanyak $1 juta berjaya mengutip $225 juta dalam box office global. Ia memenangi tiga Anugerah Akademi termasuk Filem Terbaik. Filem ini telah disusuli dengan enam filem sekuel: Rocky II (1979), Rocky III (1982), Rocky IV (1985), Rocky V (1990), Rocky Balboa (2006) dan Creed (2015). Stallone melakonkan watak Rocky dalam keenam-keenam filem sekuel, menulis lima filem pertama dan mengarah empat (Avildsen kembali untuk mengarah Rocky V dan Ryan Coogler mengarah Creed). Pelakon
Rujukan
Pautan luar
Information related to Rocky |
Portal di Ensiklopedia Dunia