Birdman (filem)
Birdman or (The Unexpected Virtue of Ignorance) juga dikenali sebagai Birdman ialah sebuah filem komedi satira Amerika Syarikat 2014 diarahkan oleh Alejandro González Iñárritu. Skrip filem ini ditulis oleh Iñárritu, Nicolás Giacobone, Alexander Dinelaris, Jr. dan Armando Bo didasarkan suatu cerita pendek nukilan Raymond Carver. Filem ini dibintangi Michael Keaton bersama barisan pelakon terdiri daripada Zach Galifianakis, Edward Norton, Andrea Riseborough, Amy Ryan, Emma Stone dan Naomi Watts. Filem ini menceritakan Riggan Thomson (Keaton), seorang pelakon Hollywood yang sudah serik kerana asyik dikenali melalui lakonan suatu watak adiwira filem blockbuster sehingga percubaannya menceburi lakonan teater di Broadway menghadapi banyak rintangan dek perhatian yang diberikan ke atasnya Birdman mengadakan tayangan teater terhad di Amerika Syarikat pada 17 Oktober 2014 disusuli dengan tayangan meluas pada 14 November, mengutip lebih daripada $103 juta di seluruh dunia. Filem ini memenangi empat Anugerah Akademi daripada sembilan pencalonan, Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Lakon Layar Asal Terbaik dan Sinematografi Terbaik di Anugerah Akademi ke-87. Ia juga memenangi Barisan Pelakon Luar Biasa dalam Filem di Anugerah Screen Actors Guild ke-21. Di Anugerah Golden Globe ke-72, filem ini memenangi Pelakon Lelaki Terbaik dalam Muzikal dan Komedi untuk Keaton dan Lakon Layar Terbaik. PlotRiggan Thomson ialah seorang pelakon Hollywood yang sudah pudar dikenali kerana melakonkan watak adiwira, Birdman beberapa dekad lalu dalam sebuah siri filem. Dia sering kali diggangu oleh suara dalaman Birdman dan sering menvisualkan dirinya mengangkat objek dan melakukan telekinesis. Riggan berharap untuk mengangkat kembali kariernya dengan menulis, mengarah dan membintangi sebuah produksi Broadway berdasarkan cerita pendek oleh Raymond Carver, "What We Talk About When We Talk About Love". Adaptasi itu diterbitkan oleh kawan baik Riggan dan peguam, Jake. Ia juga dibintangi teman wanita Riggan, Laura dan pelakon Broadway buat kali pertama, Lesley. Anak perempuan Riggan, Sam berperanan sebagai pembantunya adalah seorang penagih dadah yang sedah pulih. Semasa latihan, sebuah lampu jatuh ke atas Ralph; Riggan memberitahu Jake dia percaya bahawa dia yang mengakibatkan kemalangan itu supaya dia boleh menambah baik barisan pelakon. Atas cadangan Lesley, Riggan menggantikan Ralph dengan pelakon cemerlang tetapi tidak menentu, Mike Shiner yang juga merupakan teman lelaki Lesley. Pratonton pertama merupakan satu bencana: Mike keluar dari karakter kerana ginnya diganti dengan air dan cuba untuk merogol Lesley dalam satu babak seks. Riggan marah dengan liputan akhbar yang memuji lakonan Mike dalam pementasan itu tetapi Jake menggalakkan dia untuk meneruskan pementasan. Apabila Riggan memarahi Sam kerana menggunakan kanabis, Sam memberitahu Riggan bahawa pementasannya adalah sia-sia. Semasa pratonton terakhir, Riggan terlihat Sam dan Mike bercium. Ini menambah kesangsiannya bahawa Mike adalah satu saingan dan potensi ancaman. Riggan yang sedikit terkejut pergi di luar untuk berehat seketika dan menghisap rokok dengan hanya memakai jubah dan seluar dalam. Dia dengan tidak sengaja terkunci di luar teater dan jubahnya tersangkut di pintu. Dia kemudiannya terpaksa berjalan dengan hanya memakai seluar dalam melalui Times Square untuk kembali ke dalam teater; video amatur insiden itu menjadi viral. Selepas pratonton terakhir, Riggan, yang masih terkejut dengan peristiwa beberapa hari lalu berjumpa pengkritik berpengaruh, Tabitha Dickinson yang memberitahunya dia membenci selebriti Hollywood yang hanya "berpura-pura" untuk menjadi pelakon dan berjanji untuk "memusnahkan" pementasannya dengan menulis ulasan negatif. Riggan mabuk dan pengsan di jalan. Keesokan harinya ketika dia berjalan kembali ke teater, halusinasi visual dan auditorinya kembali dan dia berhalusinasi berbual dengan Birdman yang kini boleh dilihat yang cuba untuk meyakinkannya untuk membuat satu lagi filem Birdman. Riggan menvisualkan dirinya terbang melalui jalan-jalan di Manhattan sebelum kembali ke teater. Sebelum malam pembukaan dan dengan halusinasinya reda buat sementara waktu, Riggan berjumpa Sam yang menunjukkan video viral dia berjalan melalui Times Square dengan memakai seluar dalam. Daripada menyalahi ayahnya untuk ini, dia mengaguminya kerana itu. Semasa malam pembukaan sebelum babak terakhir pementasan itu, Riggan mengaku kepada bekas isterinya, Sylvia bahawa dia cuba untuk melemaskan dirinya dalam laut selepas dia ditangkap olehnya mempunyai hubungan sulit beberapa tahun yang lalu. Dia juga memberitahu Sylvia tentang suara dalam Birdman yang sentiasa didengarinya tetapi dia tidak menghiraukan. Selepas Sylvia mengucapkan selamat berjaya dan meninggalkan bilik, Riggan yang wataknya dalam pementasan membunuh diri, menggantikan pistol prop dengan pistol sebenar dan bersedia untuk betul-betul membunuh diri dalam babak akhir pementasan. Selepas lakonan itu sampai ke babak akhir, Riggan menembak dirinya di kepala. Pementasan ini berakhir dengan tepukan daripada semua penonton kecuali Tabitha yang berjalan keluar. Pada keesokan harinya di hospital, Riggan didedahkan gagal untuk membunuh diri kerana tertembak hidungnya yang telah digantikan selepas pembedahan. Jake melawatnya di hospital dan mendedahkan bahawa Tabitha memberikan pementasan itu ulasan sambutan hangat, menggelar cubaan bunuh dirinya "super-realisme," satu bentuk baru gaya lakonan. Sam melawat Riggan dan kemudiannya keluar untuk seketika. Riggan berjalan ke bilik air bersebelahan dimana dia tidak mempedulikan Birdman dan terlihat beberapa burung di luar sebelum memanjat ke tebing tingkap. Apabila Sam kembali, Riggan telah hilang dan tingkapnya dibiarkan terbuka. Dia melihat ke bawah di jalan kemudian perlahan-lahan melihat ke langit dan tersenyum. Pelakon
ProduksiPembangunanPengarah Birdman, Alejandro G. Iñárritu pada asalnya mengilhamkan filem ini sebagai sebuah komedi yang dirakam dalam satu syot mengambil tempat di sebuah teater. Kesemua filem beliau sebelum ini merupakan drama dan selepas mengarah Biutiful, beliau tidak mahu pendekatan filem barunya dengan genre yang sama sekali lagi.[4] Iñárritu berkongsi idea beliau dengan penulis skrip Argentina, Nicolás Giacobone dan Armando Bo serta Alexander Dinelaris, Jr. dimana ketiga-tiga daripada mereka bekerja bersamanya dalam filem beliau sebelumnya.[5] Reaksi pertama mereka adalah dengan memberitahunya bahawa syot berterusan mungkin tidak berjaya.[4] Pengalaman peribadi dan vokasional empat penulis ini merupakan sumber untuk menulis skrip. Pengalaman Iñárritu sendiri mempengaruhi banyak tema Birdman. Tema dari cerita pendek oleh Raymond Carver, "What We Talk About When We Talk About Love" dimana Riggan mengadaptasinya kepada drama pentas di dalam filem ini juga mempengaruhi skrip. Pemilihan pelakonIñárritu memilih pelakon untuk beberapa watak utama sebelum filem ini dibiayai.[2] Di kalangan mereka ini adalah Michael Keaton. Iñárritu memilih Keaton kerana kepelbagaian gaya lakonan beliau.[6] Iñárritu juga memilih Zach Galifianakis untuk watak Jake kerana beliau memenuhi kriteria pengarah.[7] Emma Stone ditawarkan watak Sam. Selepas pelakon-pelakon ini memberikan komitmen mereka, Iñárritu mula mencari pembiaya. Beliau pada mulanya mempelawa Fox Searchlight Pictures untuk membiayai projek ini tetapi mereka menolak tawarannya kerana berasakan permintaan bajet beliau adalah terlalu tinggi.[2] Iñárritu berjumpa dengan presiden New Regency, Brad Weston yang menerima tawaran tersebut.[8] Apabila Claudia Lewis dari Searchlight mendapat tahu tentang perjanjian tersebut, beliau mempertimbangkan semula dan meminta untuk dimasukkan dalam perjanjian. Searchlight dan New Regency sebelum ini bekerja bersama-sama untuk membiayai 12 Years a Slave dan mengambil keputusan untuk menyertai bersama-sama untuk Birdman, membiayai bajet produksi sebanyak $16.5 juta.[2] Weston dan Lewis membentuk hubungan rapat bersama Iñárritu, menyunting skrip bersamanya dan menukar beberapa pelakon. Apabila mereka menyertai produksi, Josh Brolin dijadual untuk melakonkan watak Mike Shiner tetapi pembiayai itu memutuskan untuk menukar beliau dengan Norton kerana konflik penjadualan.[2] Ryan, salah seorang pelakon terakhir yang dipilih[9] dipelawa kerana Iñárritu telah melihatnya dalam drama pentas Detroit.[10] Lindsay Duncan mempunyai pengalaman meluas dalam dunia teater dan mengambil keputusan untuk menerima tawaran untuk melakonkan watak pengkritik kerana kualiti skrip filem ini.[11] Latihan dan penggambaranSelepas penulisan skrip selesai, Iñárritu menghubungi ahli sinematografi, Emmanuel Lubezki untuk membincangkan ideanya terhadap filem ini.[12] Lubezki bimbang kerana tiada filem yang dirakam dengan cara yang dibayangkan oleh Iñárritu, bermakna tiada bahan rujukan untuk dilihat. Kedua-dua mereka memutuskan bahawa satu-satunya cara untuk mempelajari cara untuk merakam seperti ini adalah dengan merakam ia sendiri jadi mereka menyewa sebuah gudang di Studio Sony, Los Angeles dan membina sebuah pentas proksi.[12][13] Menyedari bahawa tiada teater yang mampu untuk menyesuaikan kerja kamera rumit yang mereka perlu, mereka mengupah Studio Kaufman Astoria di New York.[14] Iñárritu masih mahu merakam di teater Broadway tetapi harus menunggu selama beberapa minggu selepas latihan sebelum mendapatkan Teater St. James.[15] Mereka menuju ke Studio Kaufman untuk lebih latihan disusuli dengan fotografi utama di New York semasa musim bunga tahun 2013.[16] Studio ini digunakan untuk merakam kawasan belakang pentas filem ini termasuk bilik persalinan Riggan dan koridor teater. Teater St. James digunakan selama dua minggu; ia merupakan lokasi untuk babak pentas.[17] Babak di bar dirakamkan di The Rum House, 47th Street[18] dan 43rd Street digunakan untuk babak aksi.[19] Muzik dan runut bunyiSegmen muzik asal filem ini adalah skor dram terdiri sepenuhnya daripada persembahan jazz solo oleh Antonio Sánchez. Skor muzik ini diimbangi oleh beberapa bahagian muzik klasik terkenal termasuk Mahler dan Tchaikovsky. Segmen muzik klasik juga termasuk dua komposisi oleh komposer Amerika, John Adams. Beberapa komposisi jazz oleh Victor Stumpfhauser dan Joan Valent mengimbangi komposisi muzik asal oleh Sánchez. Bahagian dram meliputi majoriti skor muzik dan dicipta oleh Sánchez. Iñárritu menghubungi pemain dram jazz, Antonio Sánchez pada bulan Januari 2013 dan menjemput beliau untuk mencipta skor muzik filem ini.[20] Sánchez belum pernah bekerja untuk filem sebelum ini[20] namun selepas menerima skrip, beliau mencipta "tema berirama" untuk setiap watak.[21] Iñárritu pula mencari pendekatan yang bertentangan dan lebih suka kepada spontan dan penambahbaikan.[22] Sánchez kemudiannya menunggu sehingga produksi berpindah ke New York sebelum mencipta lebih banyak lagi[21] dan beliau melawat set untuk mendapat idea yang lebih baik tentang filem.[22] Susulan ini, seminggu sebelum fotografi utama, beliau Iñárritu pergi ke sebuah studio untuk merekod beberapa demo.[23] Mereka merekod sekitat tujuh puluh demo[21] dan selepas penggambaran selesai, ia dipotong dan dimasukkan ke dalam filem.[23] Runut bunyi rasmi dikeluarkan dalam CD (77 min) pada bulan Oktober 2014 dan dalam LP (69 min) pada bulan April 2015.[24] TayanganBirdman dipilih sebagai filem pembuka Festival Filem Antarabangsa Venice ke-71.[25] Sebuah tayangan terhad bermula di empat teater Amerika Utara pada 17 Oktober 2014,[26][27] disusuli dengan tayangan meluas di 857 teater pada 14 November 2014.[28] Box officeBirdman mengutip $42.3 juta di Amerika Utara dan $60.9 juta di wilayah-wilayah lain dengan jumlah terkumpul seluruh dunia sebanyak $103.2 juta berbanding bajet produksi sebanyak $17 juta.[3] Filem ini mengutip $424,397 semasa pembukaan terhad Amerika Utara di empat teater pada 17 Oktober 17, 2014 dengan purata $106,099 setiap teater.[29] Semasa minggu kedua pada 24 Oktober 2014, Birdman berkembang ke 50 teater dan mengutip $1.38 juta.[30] Filem ini berkembang kepada 857 teater pada 14 November 2014, mengutip $2,471,471. Pada minggu yang sama, Birdman mengutip $11.6 juta.[31] Filem ini dibuka di Mexico pada 13 November 2014, mengutip $628,915 semasa minggu pembukaan dan dibuka di United Kingdom pada 2 Januari 2015, mengutip $2,337,407.[32] Di United Kingdom, Australia dan Itali, filem ini mengutip $7.6 juta, $3.97 juta dan $1.97 juta.[33] Penerimaan kritisBirdman menerima pujian kritis untuk lakonan, arahan, lakon layar dan sinematografi. Filem ini menerima rating 91% di Rotten Tomatoes berdasarkan 276 ulasan dengan purata rating 8.5/10.[34] Metacritic memberikan filem ini skor 88 daripada 100 berdasarkan 49 pengkritik, menunjukkan "penerimaan universal".[35] Pada tahun 2015, filem ini dinamakan sebagai salah satu daripada 50 teratas filem terbaik dekad ini oleh The Guardian.[36] AnugerahDi Anugerah Akademi ke-87, Birdman memenangi empat Anugerah Akademi: Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Lakon Layar Asal Terbaik dan Sinematografi Terbaik. Michael Keaton dicalonkan untuk Pelakon Lelaki Terbaik, Emma Stone dan Edward Norton menerima pencalonan kategori Pelakon Pembantu Terbaik. Filem ini turut menerima pencalonan Suntingan Bunyi Terbaik dan Adunan Bunyi Terbaik. Keaton menerima anugerah Golden Globe pertamanya, memenangi Pelakon Lelaki Terbaik dalam Filem – Muzikal atau Komedi di Anugerah Golden Globe ke-72. Filem ini juga memenangi Golden Globe untuk Lakon Layar Terbaik. Rujukan
Pautan luar
Information related to Birdman (filem) |
Portal di Ensiklopedia Dunia