Ramadan Jangan Pergi
Ramadan Jangan Pergi ialah sebuah siri drama tv Malaysia 2014 arahan Azman Yahya, dengan skrip oleh Sofia J. Rhyland. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda TV3 dari 25 Jun 2014 hingga 25 Julai 2014 menggantikan Masihkah Ada Cinta. Drama ini merupakan salah satu daripada enam siri drama bertemakan Ramadan yang disiarkan di TV3.[1] SinopsisFarah berkahwin dengan Johan pada usia muda dan dikurniakan seorang anak lelaki, Aidil. Hubungan mereka renggang sejak Johan berkawan rapat dengan Nadia. Tambahan pula, ibu Johan Mariana tidak menyukai Farah kerana menganggap Farah tidak sepadan dengan anaknya. Menjelang bulan Ramadan, Farah terkejut apabila mendapat tahu Johan mahu melamar Nadia. Pada mulanya, Farah menyangka akan dimadukan, tetapi sebaliknya. Johan mahu menceraikannya. Farah sedar, mungkin ini balasannya kerana dia mengingkari ibunya Rohani. Rohani juga tidak merestui perkahwinan Farah dengan Johan kerana Johan biadap dengan orang tua. Pada suatu hari, Johan mencuri kad ATM Farah selepas mengusir Farah dari rumahnya. Apakah yang akan terjadi kepada Farah? Berjayakah Nadia mendesak Farah supaya bercerai dengan Johan? Adakah Johan dan Farah akan bercerai juga? PelakonPelakon utama
Pelakon pembantu
Lihat jugaRujukan
Pautan luarInformation related to Ramadan Jangan Pergi |
Portal di Ensiklopedia Dunia