Na O Mei
SinopsisMengisahkan wanita tabah yang harus mengharungi liku-liku hidupnya untuk mencari kebahagiaan. Diilhamkan dari kisah benar mengenai gadis Siam yang berkahwin dengan lelaki Melayu dan mempunyai anak dinamakan Na O Mei. Na O Mei mengisahkan gadis Thai yang datang ke Malaysia sebagai pembantu rumah dan jatuh hati pada anak majikannya, Azhar, serta memeluk Islam. Na O Mei, atau mama Islamnya mini Aishah, berhadapan pelbagai liku hidup lebih-lebih lagi apabila dia disahkan mengandung. Dia disangka membuat onar dan dihalau dari rumah majikannya. Apapun, bayi dalam kandungannya adalah anak hasil perkongsian hidup dengan Azhar yang belajar di luar negara. Aishah tabah menjalani hidup sendirian untuk menyara dirinya dan bayi dalam kandungan, sehinggalah saat dia melahirkan bayinya seorang diri di sebuah rumah kosong. Aishah menamakan anaknya Na O Mei juga, dengan harapan Azhar dapat bertemu dengan anak mereka dan menyatukan kembali kasih sayang mereka. Na O Mei si bayi diberikan kepada keluarga angkat. Aishah terpaksa berpisah dengan anaknya demi mencari rezeki dan kerana dia tidak mahu mereka yang iri hati dengannya menemui anaknya. Aishah berkahwin untuk kali kedua dengan Ayie, dan melahirkan anak bernama Camelia. Aishah tidak menyenangi Camelia kerana anaknya lahir selepas beliau dirogol oleh suaminya yang panas baran dan kaki pukul. Cerita berlanjutan ke Na O Mei II yang kini dewasa. O Mei bekerja di sebuah resort bersama abangnya (anak angkat mak angkatnya) dan bertemu dengan Camelia, Arina dan Arman. Konflik cinta berlaku antara tiga wanita ini. Pada mulanya, Reza mencintai Na O Mei dan ingin memperisterikannya. Ini kerana Na O Mei dilihat mempunyai ciri kewanitaan yang diinginkannya. Apapun, perasaan Reza ditolak Na O Mei yang memintanya mencintai Camelia. Cuba mencintai Camelia, ternyata jiwa Reza tidak sesuai dengan Camelia yang berperwatakan kasar akibat terlalu dimanjakan bapanya. Kemudian, muncul pula Arina yang juga rakan baik Na O Mei. Bertemu Arina, ia membuat Reza terkenang cinta pertama dan tunangnya yang meninggal dunia kerana dirogol. Wajah Arina yang seiras arwah tunang Reza menyebabkan cintanya mula berputik kembali. Apakah kesudahan cinta Reza dan Na O Mei? Bagaimana pula hubungan O Mei dengan Camelia dan Arina? Pelakon
Runut Bunyi
Information related to Na O Mei |
Portal di Ensiklopedia Dunia