Persatuan Perkhidmatan Komuniti Taiping
PERSATUAN PERKHIDMATAN KOMUNITI TAIPING (dikenali sebagai ESDA) ''Pengenalan Persatuan Perkhidmatan Komuniti Taiping (PPKT), atau juga dikenali sebagai ESDA, telah ditubuhkan pada 1 Januari 1999 di Perak, Malaysia. Ia merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memberi perkhidmatan kepada golongan yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama, terutama sekali mereka yang terpinggir dan diabaikan. Fokus penerima manfaat ESDA tertumpu kepada golongan kurang upaya, ibu tunggal, golongan miskin, warga emas dan anak muda yang mempunyai masalah dan penagih dadah. Asas kepada kerja sosial ialah: Untuk L.C.R = Love - Cinta dan kasih kepada mereka seperti manusia biasa, Commit - Melakukan gerak kerja kepada golongan miskin dan memerlukan Respect - Hormati maruah dan hak mereka Visi: Pemberdayaan Kearah Maruah dan Keadilan Misi: Untuk mencapai, membentuk, dan memberi motivasi golongan miskin dan golongan yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama dan menyediakan penjagaan secara holistik dari segi kerohanian, mental, emosi dan keperluan sosial. Sejarah PPKT bermula pada 2 Januari 1999 sebagai ESDA. Pada akhir tahun 1998, Rev Ivan Chew, Pastor Gereja Christ City telah menjemput Stephen Chow dari Penang untuk datang ke Taiping bagi memulakan kerja-kerja sosial. Pada Januari 1999, Stephen telah mula bertugas di Gereja Christ City untuk memulakan gerak kerja sosial. Pada 1 Februari 2002, mereka telah bersepakat untuk menubuhkan satu persatuan yang berdaftar dibawah Pendaftar Pertubuhan (ROS) Malaysia sebagai Persatuan Perkhidmatan Komuniti Taiping (PPKT). Bertitik tolak dari itu, PPKT sudah tidak bernaung dibawah Gereja Christ City tetapi sebuah persatuan yang didominasi penganut Kristian. Pada 19 Julai 2002, PPKT telah dirasmikan oleh YB En. Rafek Bin Reshidullah, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Perak. Sejak Mac 2003 sehingga sekarang, En. Sung Lai Su merupakan Penaung PPKT. Tiga gerak kerja sosial yang telah dijalankan ialah Pusat Harian untuk Kesihatan Mental, Home of Mercy dan Disabled People’s Fellowship. Mercy Home ialah tempat penginapan untuk golongan wanita yang mengalami masalah mental. Cik Kuan Gek Kuan merupakan sukarelawan pertama. Dia memberi perkhidmatan sukarelawan secara sepenuh masa di Mercy Home. Akan tetapi, pada akhir tahun 1999, rumah berkenaan terpaksa ditutup atas bebanan kewangan. Gerak kerja awal dalam PPKT amatlah sukar dan pembangunan yang ingin dijalankan amatlah perlahan disebabkan oleh kekurangan sumber kewangan. Tetapi, bermula dari 1 Mei 2006, PPKT telah mula mengumpul dana melalui Charity Fair. Pada akhir 2000, Rev. Kanapathy telah menyertai PPKT sebagai sukarelawan sepenuh masa dalam memberi perkhidmatan kepada golongan miskin. Dalam tahun 2001, kerja-kerja sukarelawan untuk golongan kelainan upaya telah berkembang kepada sebuah program - Handicamp. Kem ini diwujudkan khas untuk golongan kelainan upaya. Mereka yang terpilih telah dijemput ke program pertama Handicamp yang telah dianjurkan oleh Rumah Kesayangan, Bukit Mertajam. Program ini telah diperkenalkan oleh Malaysian Care, Kuala Lumpur. Pada tahun 2001 juga, PPKT telah memulakan satu bengkel tertutup untuk golongan tersebut. Sejak 2004, bengkel ini telah dinamakan sebagai “Work Centre for Disabled People” Pada 26 November 2006, sumbangan kepada PPKT telah diluluskan untuk pengecualian cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negara (LHDN) selepas memohon selama 3 tahun. Lembaga Pengurusan PENAUNG: .Stephen Chow Chee Kheong TIMB. PENAUNG: Mr. Poh Thiam Kiat SETIAUSAHA KEHORMAT: Mrs. Lim Gin Ghoo BENDAHARI KEHORMAT: Mrs.Goh Lye Ngoot JAWATANKUASA: Dr. Lim Kean Ghee, Dr. T. Moses dan Mrs. Kim Gek Hwa Pelan Strategik untuk Kerja Kesukarelawanan
Perkhidmatan
Link berkaitan [1] Rujukan Information related to Persatuan Perkhidmatan Komuniti Taiping |
Portal di Ensiklopedia Dunia