Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan
Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan (bahasa Inggeris: National Basketball Association ; NBA) ialah liga bola keranjang profesional lelaki di Amerika Utara, yang terdiri daripada 30 pasukan (29 di Amerika Syarikat dan 1 di Kanada). Ia merupakan salah satu daripada empat liga sukan profesional utama di Amerika Syarikat dan Kanada, dan secara meluas dianggap sebagai liga bola keranjang profesional lelaki terkemuka di dunia.[2] Liga ini ditubuhkan di New York City pada 6 Jun 1946, sebagai Persatuan Bola Keranjang Amerika (BAA).[3][4] Ia bertukar nama kepada Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan pada 3 Ogos 1949, setelah bergabung dengan Liga Bola Keranjang Kebangsaab (NBL) yang bersaing. Musim biasa NBA berlangsung dari Oktober hingga April, dengan setiap pasukan bermain 82 permainan. Perlawanannya akan berlangsung hingga Jun. Sehingga 2015, pemain NBA ialah atlet berbayar terbaik di dunia dengan purata gaji tahunan setiap pemain.[5][6] NBA ialah ahli aktif USA Basketball (USAB).[7] Rujukan
Bacaan lanjut
Pautan luar
Information related to Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan |
Portal di Ensiklopedia Dunia