M. Rafiee
M. Rafiee atau nama sebenarnya Haji Mohamad Rafiee bin Haji Khair (1924 – 16 September 2010) merupakan seorang pelakon lelaki Singapura yang membintangi filem Melayu klasik pada era tahun 1950-an dan 1960-an. KerjayaBeliau pernah membintangi filem Seniman Bujang Lapok dan Madu Tiga bersama P. Ramlee. M. Rafiee juga diingati dengan dialog '... kesian... kesian.. kesian' dalam filem Madu Tiga.[1] Begitu juga adegan dimana ketika dia membaiki motosikal, yang motosikalnya selepas itu secara tiba-tiba berada di atap rumahnya, akibat disabotaj Sudin yang berpura-pura mengubahsuai motosikalnya. KematianBeliau meninggal dunia pada jam 7.51 malam, 16 September 2010 di usia 86 tahun akibat sakit tua selepas lebih seminggu dirawat di Hospital Besar Changi, Singapura. FilemografiFilem
Rujukan
Pautan luarInformation related to M. Rafiee |
Portal di Ensiklopedia Dunia