Konsert M. Nasir Satu Hikayat – 40 Tahun Perjalanan
Konsert M. Nasir Satu Hikayat – 40 Tahun Perjalanan ialah konsert solo berskala besar oleh M. Nasir, dianjurkan oleh Shiraz Projects. Konsert ini berlangsung selama dua hari pada 23 dan 24 November 2019 di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang mana M. Nasir akan mempersembahkan 20 lagu dari album-albumnya secara langsung.[1][2] Konsert ini diadakan sempena meraikan ulang tahun ke-40 kerjaya muzik beliau.[3][4][5] Sebuah album kompilasi iringan juga telah diterbitkan bagi mempromosikan konsert ini.[6] Ini menjadi konsert solo pertama beliau dalam tempoh 5 tahun sejak Konsert M. Nasir... Kembara (2015).[7] Latar belakang"Saya memang ada perancangan untuk mengadakan konsert setiap kali selepas menghasilkan album. Selalunya, saya mengambil masa lama kerana mahukan persembahan istimewa buat peminat. Namun, semangat untuk mengadakan konsert skala besar ini semakin membara apabila bertemu penganjur konsert ini, Shiraz yang membantu merealisasikannya,"
— M. Nasir dalam konsert Satu Hikayat.[8] Konsert ini diumumkan oleh M. Nasir dalam satu sidang media yang diadakan pada 26 Ogos 2019.[1] Dalam sidang media yang turut dihadiri oleh penganjur dan Penerbit Eksekutif Shiraz Projects, Shirazdeen Karim, M. Nasir menyifatkan konsertnya ini sebagai luar biasa dan merupakan penghargaan terbesarnya buat para peminat.[9] Lebih istimewanya apabila konsert kali ini memberi seribu satu kelainan apabila beliau turut mendendangkan lagu-lagu yang pernah dihasilkannya untuk penyanyi solo dan kumpulan terkenal tanah air.[9] Bagaimanapun, tiada artis jemputan untuk konsert ini.[8] Memilih untuk "merahsiakan" lagu-lagu yang bakal dipersembahkan, beliau mengakui berdepan kesukaran untuk memilih lagu-lagu untuk dipersembahkan pada konsert kali ini.[9] Mengikut perancangan, beliau bakal menyampaikan rangkaian lebih 20 lagu malar segar sejak kemunculan pertamanya dari 1979 sehingga kini.[9] Konsert ini juga membabitkan sesi santai dan ramah mesra bersama peminat setia apabila beliau menyanyikan lagu ciptaan sendiri tetapi untuk penyanyi lain termasuk secara medley.[9] Pada asalnya, konsert ini diadakan selama satu malam sahaja, namun M. Nasir mengumumkan pada Oktober 2019 bahawa konsert solonya ini ditambah kepada satu malam lagi, iaitu pada 24 November 2019 bagi persembahan kedua.[10] Beliau berkata, peminat mungkin sudah lama tidak menyaksikan konsert solonya menyebabkan mereka meminta tambahan persembahan.[11] Ini menjadi konsert solo pertama M. Nasir dalam tempoh 5 tahun sejak kali terakhir mengadakan konsert solo menerusi Konsert M. Nasir... Kembara yang diadakan pada 2015.[7] Konsert M. Nasir Satu Hikayat akan diiringi pemuzik dikenali sebagai ‘Gong’ yang terdiri daripada Aznan Alias yang turut berkhidmat sebagai pengarah muzik, Firdaus Mahmud, Raffi dan Ujang Exists, yang sering bersama beliau dalam persembahan konsert dan rakaman album.[12] SinopsisKonsert ini menyaksikan beliau mempersembahkan lagu-lagu malar segar sejak kemunculan pertamanya dalam bidang muzik pada 1979 sehingga kini bagi meraikan sokongan besar dari para peminat setianya di Malaysia dan sekitar rantau ini. M. Nasir juga akan diiringi dengan kumpulan Gong yang akan menampilkan 14 pemuzik handalan.[13] Konsert bermula dengan persembahan sketsa wayang kulit oleh Sabri Yunus sebagai Wak Dogo dan Wak Long oleh Romli dan turut diiringi oleh kumpulan dikir barat.[14] Tidak hanya membuat persembahan, M Nasir juga menyelitkan elemen jenaka bersahaja yang membuatkan penonton tak kering gusi sambil berpeluang menzahirkan rasa terima kasih kepada peminat dan penganjur yang menjayakan konsert ini. Antara yang paling mencuri perhatian ialah apabila beliau mempersembahkan medley lagu ciptaannya yang pernah dipopularkan artis lain. M Nasir kemudian menutup persembahan dengan menyampaikan lagu "Mustika" sebagai sebahagian daripada persembahan nyanyian ulangan sambil memperkenalkan barisan pemuzik pengiring yang diketuai oleh komposer Zul Mahat.[15][16] Persembahan komersialTiket untuk konsert ini mula didapati pada jam 2 petang 28 Ogos 2019 melalui vendor tiket www Pada malam Konsert M. Nasir Satu Hikayat berlangsung, ia dihadiri seramai 2,800 penonton dan peminat-peminat tegar M. Nasir.[22] Ia turut dihadiri oleh rakan artis Ramli Sarip, Hattan, Amy Search dan Tam Spider selain turut dihadiri oleh ahli politik Nik Nazmi, Najwan Halimi dan Young Syefura Othman.[23] Ulasan kritisKonsert ini juga menerima ulasan positif dan bercampur daripada pengkritik. Dalam ulasan retrospektif untuk Kopiplanet mengenai konsert ini, Juliana Johar berkata: "Ternyata konsert yang dianjurkan Shiraz Projects ini berjaya mengembalikan nostalgia buat peminat setia M. Nasir dan tidak mustahil di atas sambutan yang diberikan, jenama 40 Tahun Hikayat M. Nasir mungkin boleh dijadikan sebagai konsert jelajah di setiap negeri selepas ini, mana tahu kan?".[16] Fariza Saidin memuji persembahan, sistem bunyi, pencahayaan dan muzik konsert itu sambil berkata "Hebat! Puas dan berbaloi wang ringgit untuk dibelanjakan".[24] Fiza Kamarudin dari Astro Gempak dalam ulasannya berkata: "Kesimpulannya, M. Nasir bukan sekadar nama, tetapi berada dalam kelas tersendiri".[14] Rimanilzah dari Malaysiakini berpendapat: "Memang diakui M Nasir ada terlupa lirik dan kelihatan janggal dalam beberapa momen persembahan. Namun demikian, peminat tegarnya amat maklum tentang hal ini dan dalam beberapa bahagian "membantu beliau melanjutkan persembahan"".[25] Senarai lagu
Sumber: Diperoleh daripada sidang media konsert.[26] Album
Sebuah album kompilasi khas telah diterbitkan bagi mempromosikan M. Nasir Satu Hikayat - 40 Tahun Perjalanan. Album ini mengandungi 14 lagu-lagu nyanyian dan ciptaan M. Nasir yang mewakili setiap album sepanjang 40 tahun kerjayanya sebagai penyanyi dan pemuzik. Ia dikeluarkan pada 23 November 2019 oleh Luncai Emas dan Shiraz Projects.[6] Senarai runut
Tarikh konsert
Rujukan
Pautan luarInformation related to Konsert M. Nasir Satu Hikayat – 40 Tahun Perjalanan |
Portal di Ensiklopedia Dunia