Dosa asal, yang juga dipanggil dosa nenek moyang,[1] ialah doktrin Kristian tentang keadaan kemanusiaan bagi dosa akibat daripada maksiat manusia, berpunca daripada penderhakaan Adam dan Hawa di dalam syurga, yakni dosa memakan buah dari pokok terlarang.[2] Keadaan ini digambarkan dalam pelbagai cara, dari sesuatu yang tidak signifikan seolah-olah sedikit kekurangan, atau kecenderungan terhadap dosa namun tanpa kesalahan kolektif, yang dirujuk sebagai "fitrah dosa", hingga sesuatu yang drastik seolah-olah kehinaan sama sekali atau kesalahan autotamtik kesemua manusia menerusi kesalahan kolektif.[3]
Doktrin "dosa warisan" dijumpai dalam kebanyakan aliran perdana agama Yahudi. Walaupun beberapa pihak dalam agama Yahudi Ortodoks menyalahkan Adam atas kerosakan menyeluruh dunia, dan meskipun terdapat guru-guru Yahudi di Babylon[10] yang percaya bahawa kematian ialah hukuman yang dikenakan ke atas manusia disebabkan dosa Adam, ia bukan pandangan dominan dalam kebanyakan agama Yahudi hari ini. Agama Yahudi moden secara amnya mengajarkan bahawa manusia dilahirkan dalam keadaan bebas daripada dosa, dan mempunyai pilihan untuk melakukan dosa kemudiannya dan membawa kesengsaraan kepada diri mereka sendiri.[11][12]
Ahli teologi Yahudi berpecah berkenaan sebab apa yang dipanggil "dosa asal". Sesetengahnya mengajarkan bahawa ia disebabkan tewasnya Adam kepada godaan memakan buah terlarang dan diwarisi keturunan baginda; bagaimana pun, kebanyakan pandangan chazal tidak mempertanggungjawabkan Adam atas dosa manusia,[13] mengajarkan bahawa, dalam Genesis 8:21 and 6:5-8, Tuhan mengakui bahawa Adam tidak melakukan dosa dengan sengaja. Bagaimanapun, Adam diakui oleh sebahagian[10] membawa kematian ke dunia melalui penderhakaan baginda. Disebabkan dosa baginda, keturunan baginda akan menjalani kehidupan manusia biasa, yang akan berakhir dengan kematian tubuh mereka.[14]
Dalam Islam
Konsep dosa warisan tidak wujud dalam Islam.[15][16] Islam mengajarkan bahawa Adam dan Hawa melakukan dosa, tetapi mereka memohon keampunan dan demikian diampuni Tuhan.[17]
Qur'an menyatakan bahawa selepas Adam dan Hawa melakukan dosa, mereka bertaubat dan taubat mereka diterima:
"Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi". " Surat al-Aʻrāf:23
".. dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu tersalah jalan. Kemudian Tuhannya memilihnya (dengan diberi taufiq untuk bertaubat), lalu Allah menerima taubatnya serta diberi petunjuk." Surat Ṭā Hāʼ:121–122
Qur'an selanjutnya menyatakan tentang tanggungjawab seseorang individu:
"Bahawa sesungguhnya seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain. Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya. Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan (kepadanya, pada hari kiamat kelak), Kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna." Surat an-Najm:38–41
^Judaism's Rejection Of Original SinDiarkibkan 2017-02-19 di Wayback Machine While there were some Jewish teachers in Talmudic times who believed that death was a punishment brought upon humanity on account of Adam's sin, the dominant view was that man sins because he is not a perfect being, and not, as Christianity teaches, because he is inherently sinful.
^SIN: – Jewish Encyclopedia. Retrieved 12 July 2013.
Brachtendorf, J. (1997). "Cicero and Augustine on the Passions"(PDF). Revue des Etudes Augustiniennes. Paris: Institut d'études augustiniennes. 43: 289–308. Diarkibkan daripada yang asal(PDF) pada 21 Oktober 2013. Dicapai pada 12 Jun 2017.
Cross, Frank Leslie; Livingstone, Elizabeth A., penyunting (2005). "Original sin". The Oxford dictionary of the Christian Church (ed. 3rd rev.). Oxford: Oxford University Press. ISBN978-0-19-280290-3.
Trapè, Agostino (1987). S. Agostino, introduzione alla dottrina della grazia. Collana di Studi Agostiniani 4. I - Natura e Grazia. Roma: Nuova Biblioteca agostiniana. m/s. 422. ISBN88-311-3402-7.
Turner, H.E.W. The patristic doctrine of redemption : a study of the development of doctrine during the first five centuries / by H.E.W. Turner (ed. 2004 Reprint). Eugene, Or.: Wipf & Stock Publishers. ISBN978-1-59244-930-9.
Wallace, A.J.; R. D. Rusk (2010). Moral transformation : the original Christian paradigm of salvation. New Zealand: Bridgehead Publishing. ISBN978-1-4563-8980-2.
The Book of ConcordThe Defense of the Augsburg Confession, Article II: Of Original Sin; from an early Protestant perspective, part of the Augsburg Confession.