Gereja Ortodoks Timur
Aliran ini ditadbir secara mengumpulkan seberapa gereja yang swakepala dikerusikan uskup dilantik sinod,[4] uskup-uskup ini tiada wewenang kuasa yang setaraf Paus menguasai Gereja Katolik namun Paus Katolik tetap dianggap penghulu paling kanan tapi sama taraf dalam kalangan ketua gereja Kristian (primus inter pares) menurut Patriak Sarwabangsa Kustantiniyah.[5][6][7][8] Maksud OrtodoksPada mulanya penganut Kristian merujuk Gereja (agama) mereka sebagai "Satu, Suci, Katolik (daripada perkataan Greek καθολική, atau sejagat) dan Gereja Hawariyun". Akan tetapi berlaku Perpecahan Timur-Barat pada abad ke-11 yang menyaksikan Gereja Ortodoks Timur berpisah daripada Gereja Katolik dan pihak berkuasa di Rom. Istilah "Ortodoks" diterjemahkan daripada perkataan Greek yang bermaksud "mempercayai dengan betul" atau "memuliakan Tuhan dengan betul" (daripada adjektif orthos = benar dan kata kerja dokeo = Saya percaya atau kata nama doxa = mulia) dan diguna pakai oleh Gereja ini untuk membezakannya dengan mazhab Kristian yang lain. SejarahPenganut Kristian Ortodoks melakukan ibadat mengikut ritual dari pengaruh gereja Byzantine. Selama 1,000 selepas agama Kristian diasaskan, lima wilayah iaitu Baitulmaqdis, Alexandria, Antioch, Rom dan Konstantinople mengikuti ajaran Kristian yang sama. Perkembangan politik dan jatuhnya Empayar Rom di barat kepada bangsa Jerman mengakibatnya terputusnya komunikasi antara gereja di Rome dan gereja di timur (Baitulmaqdis, Alexandria, Antioch dan Konstantinople). Pada tahun 1054, utusan Paus Rom ke Konstantinople mengucilkan (excommunicate) Gereja Konstantinople yang dibalas oleh Gereja Konstantinople dengan tindakan serupa. Kedua-dua gereja mendakwa mereka di pihak yang benar dan berlakulah perpisahan dalam agama Kristian dengan kedua-dua gereja memisahkan diri mereka. TipikaApa yang menyatukan mazhab ini ialah teologinya, walaupun terdapat variasi gaya yang bergantung kepada negara asal dan adat tempatan. Adat tempatan ini dipanggil perbezaan dalam tipika dan diterima oleh pemimpin gereja kerana ia tidak dilihat sebagai bertentangan secara teologinya dengan ajaran asas Gereja Ortodoks Timur. Oleh itu kita boleh melihat banyak Gereja Ortodoks Timur mengambilpakai gelaran kebangsaan seperti Ortodoks Yunani, Ortodoks Rusia, Ortodoks Romania, Ortodoks Serbia dan sebagainya. Gelaran ini berfungsi membezakan bahasa, uskup dan tipika mana yang diikuti oleh jemaah tertentu. Jemaah Gereja selalunya bersatu dalam kepercayaan tanpa mengira kerakyatan. Perbezaan selalunya sedikit dan ia melibatkan aturan gita puja yang dinyanyikan atau semasa kebaktian tertentu dibuat. Pada umumnya, pengikut Kristian Ortodoks Timur boleh berjalan ke seluruh dunia dan masih mengikuti kebaktian yang sama dilakukan setiap hari Ahad walaupun mereka tidak faham bahasa yang digunakan. Nota
Rujukan
Information related to Gereja Ortodoks Timur |
Portal di Ensiklopedia Dunia