Budaya Kumpulan XBudaya Kumpulan X (sekitar 300 – 600 Masihi) ialah tamadun Nubia purba yang wujud di Nubia Hilir.[2] Penggalian tanah perkuburan menunjukkan bahawa tamadun itu dahulu mencapai sejauh Dodekaskhoinos di utara hingga Delgo di selatan. PenggalianGeorge A. Reisner mencipta istilah Budaya Kumpulan X kerana tiadanya pentakrifan sejarawi yang lebih tepat.[3] Nama ini telah digantikan dengan budaya Ballana kerana dapatan dan penemuan baharu yang semakin banyak ditemui di Qustul dan Ballana seperti yang dicadangkan oleh Bruce Trigger.[4] Menurut pakar kaji Mesir, Keith Seele dan Bruce Williams, pengebumian Kumpulan X menunjukkan bahawa kubur-kubur mereka asalnya Meroitik kemudian telah berkembang kepada bentuk kubur unik Ballana, yang kebanyakannya berciri-ciri Nubia bersama-sama kebanyakan barang yang terdapat di dalamnya. Dalam satu makam diraja, seorang permaisuri telah ditemui dengan tujuh belas korban manusia. Makam diraja yang lain mengandungi mayat seorang lelaki yang mungkin seorang raja, persembahan makanan dan minuman, dan barang-barang peribadinya, seperti mahkota, permainan papan dan senjata.[2] Galeri
Rujukan
Information related to Budaya Kumpulan X |
Portal di Ensiklopedia Dunia