Zhulkarnain Abdul Rahim
Zhulkarnain bin Abdul Rahim ( Jawi: ذو القرنين عبدالرحيم ; lahir 1980) ialah seorang ahli politik dan peguam Singapura. Beliau ialah anggota parti pemerintah Singapura, Parti Tindakan Rakyat (PAP) dan menjadi Ahli Parlimen (AP) mewakili bahagian Keat Hong dalam GRC Chua Chu Kang sejak 2020. Kehidupan awal dan pendidikanZhulkarnain dibesarkan dengan lima adik beradik sementara bapanya adalah satu-satunya pencari nafkah keluarga. [2] Beliau lulus dari Universiti Nasional Singapura dengan ijazah sarjana muda undang-undang pada 2005 dan seterusnya menamatkan ijazah sarjana undang-undang dalam undang-undang dan kewangan Islam pada 2013 di Universiti Pengurusan Singapura . [3] KerjayaZhulkarnain ialah rakan kongsi di Dentons Rodyk dan Davidson.[4] Beliau telah dinamakan dalam Senarai ALB 40 Bawah 40 pada 2016 oleh Asian Legal Business (ALB) sebagai pelapis peguam paling cemerlang di rantau ini dan finalis yang disenarai pendek dalam kategori Peguam Muda Terbaik Tahun 2017 bagi Anugerah Undang-undang Asia Tenggara ALB. Pada 2017, beliau memenangi Anugerah JCI Singapura: Sepuluh Orang Muda Cemerlang Dunia dalam kategori Hal Ehwal Politik, Undang-undang dan Pemerintahan. [5] PolitikZhulkarnain telah dicalonkan pada pilihan raya umum 2020 untuk bertanding di GRC Chua Chu Kang atas tiket Parti Tindakan Rakyat (PAP) menentang Parti Kemajuan Singapura.[6] Rakan-rakan gandingan Zhulkarnain ialah Gan Kim Yong, Low Yen Ling, Don Wee. [6] Pada 11 Julai 2020, Zhulkarnain telah diisytiharkan sebagai Ahli Parlimen yang dipilih mewakili GRC Chua Chu Kang di Parlimen ke-14 selepas pasukan PAP di GRC Chua Chu Kang memperoleh 58.64% undi sah. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Parlimen Pemerintah (GPC) Hal Ehwal Dalam Negeri dan Undang-undang di Parlimen. [7] Pada 1 Julai 2024, Zhulkarnain mengambil alih jawatan Pengerusi Jawatankuasa Parlimen Kerajaan (GPC) Hal Ehwal Dalam Negeri dan Undang-undang daripada Murali Pillai yang menjadi Menteri Negara pada hari yang sama.[8] Zhulkarnain dilantik sebagai Naib Pengerusi Majlis Perbandaran Chua Chu Kang (CCKTC) sejak 2020. Rujukan
|
Portal di Ensiklopedia Dunia