Ular kapak
Ular kapak atau Beludak merupakan nama umum bagi semua jenis ular berbisa dari keluarga Viperidae. Terdapat empat cabang yang dikenalpasti dari keluarga ini.[2] GambaranUlar dari keluarga Viperidae ini amat mudah dikenali berdasarkan kepalanya yang seakan-akan bentuk segi tiga. Di antara mata dan lubang hidungnya terdapat lubang yang berfungsi sebagai deria pengesan haba yang amat sensitif kepada haiwan berdarah panas. Ular-ular ini biasanya mempunyai taring yang panjang dan boleh digerak-gerakkan. Kelenjar racun ular ini terletak di kedua belah pipinya. Biasanya, ular kapak akan menggetarkan ekornya apabila didekati ataupun diusik. Ekornya yang bergetar itu apabila terkena kepada rumput atau daun-daun kering akan menghasilkan bunyi yang memberi amaran bahawa ia tidak suka diganggu dan akan mematuk pada bila-bila masa sahaja. TaksonomiCabang-cabang yang dikenalpasti dari keluarga Viperidae adalah seperti berikut:
Genus jenis untuk keluarga ini menurut Laurenti (1768) adalah = Vipera. Ular-ular yang sering diberi nama "ular kapak" termasuklah:
KebisaanBisa daripada ular jenis ini adalah dari jenis racun darah (haemotoksin) dan racun sel (sitolitik) yang biasanya bertindak terhadap sistem saluran darah dan tisu yang menyebabkan berlakunya pendarahan pada mangsa sama ada di dalam atau luar tubuh. Gigitan ular ini adalah sakit dan akan menjadi bengkak. Sebagaimana keluarga Elapidae, keparahan mangsa gigitan ular ini juga bergantung kepada jumlah racun yang disuntikkan ke tubuhnya dan juga jenis ular yang menggigit. Mangsa gigitan ular jenis ini biasanya akan mengalami pendarahan kesan daripada luka yang berlaku pada saluran darah dan pencairan darah merah yang mana darah sukar untuk membeku. Pendarahan akan merebak serta-merta dan ia akan berterusan selama beberapa hari. Pendarahan pada gusi, muntah darah, ludah atau batuk berdarah dan air kencing berdarah adalah kesan nyata bagi keracunan bisa ular dari keluarga ini. Walaupun tragedi kematian adalah jarang, kehilangan darah yang banyak akan mengancam nyawa mangsa. Kesan gigitanAntara tanda-tanda gigitan ular jenis ini ialah:
Rujukan
Information related to Ular kapak |
Portal di Ensiklopedia Dunia