Ubi bit merah
Ubi Bit Merah atau dalam bahasa Inggeris; beetroot (Beta vulgaris subsp. vulgaris var. vulgaris), juga dikenali sebagai bit meja (table beet), bit taman (garden beet), bit merah (red beet) atau secara tidak formal hanya disebut sebagai bit sahaja, adalah salah satu dari kepelbagaian jenis tumbuhan bit yang kebanyakannya hidup meliar dan tumbuh subur di Amerika Utara dan Britain. KegunaanSebagai akar ubi sayurPada kebiasaannya, akar ubi merah yang paling dalam akan dijadikan resipi santapan setelah ia dituai, dibersihkan dan dipotong segar serta direbus sehingga lembut terlebih dahulu. Ia juga turut digunakan sebagai sayuran dalam masakan sayur campur, atau dalam keadaan sejuk ia juga digunakan sebagai hidangan salad yang enak. Hidangan salad ubi bit merah lebih sedap jika dimasak atau digaulkan bersama minyak bijan atau minyak bunga matahari atau minyak zaitun serta ditambah sedikit dengan campuran cuka. Jika tidak suka dengan campuran pelbagai jenis minyak dan cuka, cukuplah hanya sekadar dimakan mentah atau campuran daun saderi, tomato, kentang dan lain-lain jenis sayuran. Sedap dihidangkan dengan campuran mayonis yang sejuk dan segar. Ubi bit kuning pula pada kebiasaannya ditanam ke halaman rumah pada skala penanaman yang amat kecil cukup untuk penggunaan sesuatu isi rumah sahaja.[1] Daun juga sebagai makananDaun pokok Ubi Bit Merah juga boleh dibuat makan, dijadikan sebagai ulam-ulaman, ia lebih sesuai direbus kerana rasa dan teksturnya apabila dimakan lebih seakan-akan seperti memakan sayur bayam. Rujukan
Information related to Ubi bit merah |
Portal di Ensiklopedia Dunia