U-KISS (Korea: 유키스code: ko is deprecated ; Jepun: ユーキスcode: ja is deprecated ) adalah sebuah kumpulan muzik yang berasal dari Korea Selatan. Kumpulan ini dibentuk oleh NH Media pada tahun 2008. Perkataan U-Kiss adalah singkatan bagi "Ubiquitous Korean International idol Super Star (Bintang Adi-idola Antarabangsa Korea yang Berada Dimana Sahaja).[1] Kumpulan itu pada masa ini terdiri daripada: Soohyun, Hoon, Kiseop, Alexander Lee dan Eli
Lagu kejayaan mereka ialah "Man Man Ha Ni" (2009) daripada album mini mereka ContiUKiss. Mereka membuat debut rasmi mereka di Jepun pada tahun 2011 dengan mengeluarkan single "Tick Tack".[2]
Sejak debut mereka, U-KISS telah mengeluarkan tiga album studio, dua belas album mini/EP, satu album mini istimewa (dicipta untuk peminat mereka) dan pelbagai single. Mereka telah mengeluarkan tujuh album studio Jepun, satu album kompilasi Jepun dan lima album mini/EP Jepun. Ahli kumpulan dan individu juga telah mengambil bahagian dalam pelbagai muzikal, program radio, rancangan web, siri TV dan filem.
Kumpulan ini telah merakam dan/atau mempersembahkan lagu dalam bahasa Korea, Jepun, Cina[3] English[4][5][6] dan Sepanyol.[7] U-KISS telah memperoleh enam penyertaan dalam carta Album Dunia Billboard dan mempunyai 9 buah lagu dalam carta K-pop Hot 100.[8]
Pada tahun 2012, U-KISS ialah kumpulan K-pop pertama yang mengadakan perjumpaan peminat di Kemboja.[9] Pada tahun yang sama, U-KISS bukan sahaja aksi K-pop pertama, tetapi juga kumpulan Asia pertama yang membuat persembahan di konsert "Los 40 Principales" di Colombia.[10] Pada 2013, U-KISS merupakan artis Korea kedua yang mengadakan konsert solo di Mexico.[7] U-KISS juga merupakan salah satu kumpulan K-pop pertama yang mengeluarkan album asal dalam bahasa Jepun. Di Jepun, mereka menduduki tempat #1 pada Oricon Albums Chart dengan Action pada tahun 2015.[perlu rujukan]