Thomas Sankara
Kapten Thomas Isidore Noël Sankara [to-ma i-si-dor no-él sang-ka-ra] (21 Disember 1949 – 15 Oktober 1987) adalah seorang panglima tentera dan negarawan dariBurkina Faso. Beliau berkhidmat sebagai Presiden negara itu melalui sebuah kudeta pimpinan Blaise Compaoré pada 4 Ogos 1983 yang menggulingkan pemerintahan Jean-Baptiste Ouedraogo; pemerintahannya turut mengubah nama Volta Hulu menjadi Burkina Faso genap setahun setelah itu. Peranan beliau dalam memimpin revolusi penting di negaranya serta perwatakannya yang banyak disegani rakyatnya serta di benua Afrika menjadikan beliau dianggap sebagai "Che Guevara Afrika".[2][3][4][5] Awal hidupThomas lahir di bandar Yako di bahagian utara Volta Utara (kini Burkina Faso) pada 21 September 1949 dalam sebuah keluarga menganut mazhab Gereja Katolik Rom. Ibunya berketurunan Mossi manakala ayahnya berdarah kacukan Mossi dan Fulani[6], ayahnya merupakan seorang anggota dalam Gendarmerie Perancis[7][8] yang terlibat dalam pertempuran malah dijadikan tahanan perang semasa Perang Dunia Kedua. Kedudukan ayahnya dalam tentera ini mampu mengeluarkan keluarganya daripada kancah kemiskinan serta hidup dalam keadaan serba mewah.[9] Beliau bersekolah di Bobo-Dioulasso, sebuah bandar jauh di barat daya Volta Utara; beliau sangat tekun dalam pembelajarannya terutamanya dalam bifdang matematik dan bahasa Perancis. Beliau juga seorang yang warak pada usia mudanya dan kerap menghadiri majlis-majlis gereja. Ibu bapanya mahukannya menjadi seorang paderi setelah beliau menghabiskan persekolahannya, namun Thomas lebih mahu menyertai Tentera Darat Burkina Faso sebagai seorang askar.[10]; Kerjaya ketenteraanPemerintahanPada tanggal 15 Oktober 1987, Thomas Sankara bersama 12 penjawat tertinggi pemerintahan Burkina Faso terbunuh dalam kudeta berdarah yang didalangi oleh bekas rakan seperjuangannya sendiri, Blaise Compaoré. Lihat pulaRujukan
Sumber utama
Pautan luar
Information related to Thomas Sankara |
Portal di Ensiklopedia Dunia