TAI/AgustaWestland T129 ATAK adalah sebuah helikopter penyerang berenjin kembar, pelbagai peranan, semua keadaan cuaca berdasarkan pada rekabentuk helikopter Agusta A129 Mangusta. Ia telah dibangunkan oleh Turkish Aerospace Industries (TAI)[1] dengan kerjasama Leonardo S.p.A.[2] Helikopter ini direka untuk melaksanakan misi-misi pengawasan dan serangan dalam persekitaran panas dan sejuk dan keadaan muka bumi yang mencabar pada kedua-dua keadaan siang dan malam.[6][7]
Program ATAK dimulakan bagi memenuhi keperluan Angkatan Tentera Turkiye untuk sebuah helikopter penyerang dan pengawasan taktikal bersenjata. T129 merupakan hasil integrasi avionik, modifikasi kerangka pesawat dan sistem persenjataan yang dibangunkan oleh Turkiye ke dalam kerangka AgustaWestland A129, dengan enjin, transmisi dan rotor yang dinaik taraf. Ia kini digunakan oleh Tentera Darat Turkiye dan beberapa pasukan lain termasuk Gendarmerie Turkiye.[8][9][10] Kos per unit helikopter ini sekitar AS$ 50 juta.[11]
Pembangunan
Asal
T129 ATAK di Pertunjukan Udara Antarabangsa Farnborough 2018, Hampshire
Program ATAK dimulakan bagi memenuhi keperluan Angkatan Tentera Turkiye bagi sebuah helikopter pengawasan taktikal dan serangan.[12][sumber tak boleh dipercayai?]Turkiye membuat pengumuman pada 30 Mac 2007 bahawa ia memutuskan untuk berunding dan bekerjasama dengan AgustaWestland untuk membangunkan 51 buah (dengan 40 buah sebagai tambahan) helikopter penyerang berdasarkan pada Agusta A129 Mangusta.[13][14] Ia akan dikilangkan di Turkiye oleh Turkish Aerospace Industries (TAI) sebagai T129. Pada 7 September 2007, satu kontrak bernilai $1.2 bilion telah ditandatangani.[15][16][17]
Pada 22 Jun 2008, satu persetujuan antara TUSAS Aerospace Industries (TAI) dan AgustaWestland secara rasminya berkuatkuasa. Dalam persetujuan ini, TAI akan membangunkan sebuah komputer misi, avionik, sistem persenjataan, sut perlindungan diri dan sistem kue lepakan helmet buatan tempatan. Tusaş Engine Industries (TEI) akan mengeluarkan enjin LHTEC CTS800-4N dengan kebenaran berlesen.[18] Turkiye bertanggungjawab penuh untuk hak-hak pemasaran dan intelektual untuk platform T129; Turkiye juga boleh mengeksport helikopter ini kepada negara-negara ketiga, tidak termasuk Itali dan United Kingdom.[19] Bagaimanapun, penggunaan enjin T129's LHTEC CTS800-4N pada T129 memberi kuasa veto kepada Amerika Syarikat ke atas sebarang potensi jualan eksport menyebabkan Turkiye membangunkan sendiri enjin TEI TS1400.[20][21][22] Sekitar 95% komponen asal dalam pengeluaran T129 akan dikilangkan di Turkiye.[1]
Pada 16 Julai 2007, Majlis Penyelidikan Teknologi dan Saintifik Turkiye (TUBITAK), Meteksan Savunma Sanayii AŞ danUniversiti Bilkent membentuk sebuah konsortium untuk membangunkan sebuah radar gelombang milimeter termaju (MILDAR), menyerupai radar-radar yang digunakan oleh Longbow dan IAI/ELTA, bertujuan untuk memasuki perkhidmatan pada tahun 2009.[23][24] pembangunan MILDAR berjaya disiapkan pada bulan Februari 2012.[25]
Pada tahun 2007, dilaporkan bahawa sebuah helikopter akan digunakan oleh Kementerian Pertahanan Turkiye dan digunakan sebagai satu sistem platform ujian pembangunan sementara 50 buah selebihnya akan diserahkan kepada Tentera Darat Turkiye. Satu pilihan pesanan sebanyak 40 buah T129 akan dikilangkan sekiranya perlu.[26] Helikopter ini akan didesignasi sebagai T129B.[9] Pada November 2010, Turkiye telah memesan tambahan 9 buah T129, menjadikan jumlah keseluruhan pesanan sebanyak 60 buah.[27][28] Helikopter T129 ini sangat penting untuk memenuhi keperluan operasi Tentera Darat Turkiye dan telah dibina oleh TAI untuk penyerahkan pada tahun 2012, setahun sebelum penyerahan bagi pesanan sebelumnya sebanyak 51 buah helikopter.[15][29] Designasi sebagai T129A, helikopter ini memiliki kekurangan peluru berpandu anti kereta kebal; ekoran kelewatan; helikopter ini hanya diserahkan dan memasuki perkhidmatan pada tahun 2014.[9]
Ujian penerbangan
T129 "1001" semasa dalam pameran di Pertunjukan Udara Farnborough 2014
Pada 28 September 2009, T129 telah membuat penerbangan sulung apabila prototaip, P1 membuat penerbangan di kemudahhan AgustaWestland di Vergiate, Itali.[30] Pada 19 March 2010, prototaip T129 pertama iaitu (P1) telah melakukan ujian "hover" aras tinggi berhampiran Verbania, Itali setelah berjaya menyelesaikan beberapa ujian penerbangan. Semasa ujian apungan (hover) ini, T129 P1 kehilangan kipas ekornya pada ketinggian 15,000 kaki. Juruterbang ujian, Cassioli bagaimanapun berjaya mengawal helikopter dan menjauhi daripada kawasan perumahan sebelum terhempas; krew berjaya menyelamatkan diri tanpa kecederaan serius.[31][32] Pada 17 Ogos 2011, TAI mengumumkan bahawa kejayaan penerbangan pertama bagi T129 prototaip "P6", prototaip pertama daripada tiga buah yang akan dipasang di Turkiye.[33]
Pada 2013, laporan media mendakwa bahawa kumpulan pertama helikopter ini telah diserahkan kepada Tentera Darat Turkiye untuk diuji tidak memenuhi kehendak kontrak, terutamanya dari segi "getaran, keseimbangan, berat". T129 memiliki hidung yang berat; untuk menyelesaikan masalah ini, 137 kg telah ditambah pada ekornya, menyebabkan berat keseluruhan melebihi had yang ditetapkan. Berat yang lebih tinggi mungkin akan menurunkan had ketinggian T129, yang mana akan menjejaskan operasi dalam keadaan cuaca panas dan aras tinggi, sepertimana cuaca di Anatolia Tenggara. Setiausaha Rendah bagi Industri Pertahanan akan mengubah kontrak sekikranya perlu, bagaimanapun pakar-pakar percaya berat keseluruhan akan berkurang seiring dengan kemajuan pembangunan.[34]
Pada 22 April 2014, TAI secara rasmin telah menyerahkan siri pertama produksi T129 kepada Tentera Darat Turkiye.[1] Sejumlah sembilan buah T129 dalam kumpulan pertama diserahkan kepada Tentera Darat Turkiye selepas melengkapkan ujian penyudahan.[35]
Pada Mei 2014, Tentera Darat Turkiye secara rasminya menggunakan kumpulan pertama sebanyak 9 buah T129; versi awal ini agak kurang canggih, dikenali sebagai model T129A EDH bertujuan untuk mengantikan beberapa helikopter AH-1 usang yang sedang digunakan sebelumnya pengenalan model T129B yang lebih maju.[37] Pada 25 April 2015, sepasang T129 digunakan dalam pertempuran buat pertama kali dalam satu operasi anti penganas di wilayah Siirt Turkiye.[38] Penyerahan T129 standard EDH-terakhir dilakukan pada 31 Julai 2015.[39]
Pada 10 Februari 2018, semasa operasi ketenteraan Turkiye di Afrin, sebuah T129 telah ditembak jatuh oleh tembakan anti pesawat milik YPGKurdish di daerah Kırıkhan, dalam wilayah Hatay; kehilangkan ini disahkan oleh Angkatan Tentera Turkiye dan Presiden Erdoğan.[40]
Apabila Tentera Udara Filipina (PAF) menilai semula prestasi dan keupayaan mereka selepas Pengepungan Marawi pada tahun 2017, mereka mendapati bahawa helikopter MD-520MG Defender dan helikopter bersenjata AW-109E Power baharu tidak memiliki kuasa tembak yang cukup.[41][42] Pada tahun 2017, kerajaan Filipina menerima pengesahan daripada kerajaan Jordan bahawa mereka akan menyerahkan dua buah helikopter penyerang terpakai, Bell AH-1S Cobra,[43][44] dengan pilihan lebih jumlah bergantung kepada keputusan kerajaan Jordan.[45]
Berlawanan dengan pembelian lebih banyak helikopter bersenjata ringan, PAF lebih memihak kepada helikopter penyerang yang dibina khusus, meskipun diperolehi dalam jumlah kecil. Akhirnya pada tahun 2018, Kumpulan Kerja Teknikal PAF telah memilih T129 di sebabkan harga yang lebih murah berbanding pesaingnya dari Amerika Syarikat.[46][42] Kelewatan ini di sebabkan oleh sekatan ke atas pembekalan enjin LHTEC T800-4A, yang mana akhirnya diselesaikan apabila AS meluluskan helikopter ini untuk dieksport.[46][47][48] TAI mampu menawarkan enam buah T129 berdasarkan pada dana yang diluluskan iaitu sekitar Php 13.8 Billion.[49][50]
Pada tahun 2021, Jabatan Pertahanan Negara menandatangani sebuah kontrak pembelian enam buah T129B bernilai Php13.7 billion melalui perjanjian kerajaan-kepada-kerajaan dengan Kementerian Pertahanan Turkiye.[51][52] Menjelang Disember 2022, empat buah T129B, alat-alat ganti berkaitan dan sokongan logistik telah diterima oleh PAF; dua buah helikopter terakhir dijangka akan diserahkan menjelang tahun 2023.[47] T129B akan diaturgerak oleh Sayap Penyerang ke-15.[53]
Pada bulan Mei 2024, dua buah T129 secara rasminya memasuki tugas aktif, oleh itu melengkapkan penghantaran enam buah helikopter.[54][55]
Nigeria
Berdasarkan kepada kenyataan Pengurus Besar dari Turkish Aerospace Industries, Temel Kotil semasa Pertunjukan Udara Farnborough, TAI akan membekalkan 6 buah T129 kepada Nigeria berdasarkan kontrak terkini.[56][57] Pada Januari 2023, Panglima Udara Nigeria telah mengumumkan bahawa Nigeria akan menerima 6 buah T129 menjelang akhir suku pertama tahun 2023.[58] Pada November 2023, Nigeria menerima 2 buah helikopter T129 ATAK.[59]
Pengguna berpotensi
T129 di pameran statik semasa Pertunjukan Udara Paris, 2017
Brazil
Pada September 2018, Brazil telah menunjukan minat untuk memperoleh T129 apabila para pegawai tentera darat telah melawat Turkiye. Pada Mac 2019, 10 orang juruterbang Tentera Darat Brazil telah menerima sijil setelah menjalani ujian penerbangan T129 di Forte Ricardo Kirk, Taubaté.[60][61]
Iraq
Dalam satu siaran TV Iraq, menteri pertahanan Iraq telah mengumumkan pada bulan Ogos 2021 bahawa Iraq akan memperoleh 12 buah helikopter T129 ATAK.[62]
Pada Mei 2018, Parti Pembangunan dan Keadilan (AK Parti) yang memerintah Turkiye telah mengumumkan bahawa Pakistan membeli 30 buah T129 bernilai US$1.5 billion, yang mana disahkan oleh Turkish Aerospace Industries (TAI) pada bulan Julai.[65] Bagaimanapun, pembelian T129 oleh Pakistan telah dirumitkan secara politik; Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (DoD) enggan mengeluarkan lesen eksport untuk enjin LHTEC T800-4A yang digunakan pada helikopter ini ekoran isu-isu diplomatik antara Amerika Syarikat dan Turkiye.[66] Pada tahun 2020, Pakistan meluluskan satu tahun tempoh lanjutan kepada TAI untuk menyakinkan DoD untuk mengeluarkan lesen eksport; TAI juga mendekati syarikat Tusaş Engine Industries, untuk membangunkan enjin buatan tempatan untuk digunakan pada T129 sebagai gantian kepada enjin T800-4A.[67] TAI juga mendapatkan firma lobi berpangkalan di AS, Capitol Counsel, untuk mempromosi isu ini kepada para penggubal undang-undang AS.[68] Pada tahun 2021, Pakistan melanjutkan tempoh selama 6 bulan kepada TAI untuk menyelesaikan isu ini.[67]
Pada Januari 2022, beberapa laporan menyebut Pakistan membatalkan perjanjian T129 dan memihak kepada Z-10ME muncul.[69][70] Bagaimanapun, sayap hubungan awam angkatan tentera Pakistani - Inter-Services Public Relations (ISPR), menafikan laporan ini dan mengatakan perjanjian ini tidak dibatalkan.[71][72]
Qatar
Pada bulan Januari 2019, laporan mengatakan bahawa Qatar telah menandatangani satu persetujuan awal untuk membeli T129.[73]
Pada 31 Julai 2021, terdapat laporan mengatakan bahawa Maghribi berada dalam "tahap rundingan lanjut" dengan Turkiye untuk pembelian 22 buah T129.[75] Sumber-sumber tambahan mendakwa rundingan sebelumnya telah dihentikan pada tahun 2018 di sebabkan oleh sekatan Amerika Syarikat.[76]Templat:Update inline
Korea Selatan
Pada bulan Januari 2013, satu laporan media melaporkan bahawa persaingan helikopter penyerang Korea Selatan menyenaraikan T129 dalam tiga pembida akhir selain daripada Bell AH-1Z Viper dan Boeing AH-64 Apache.[77][78] Bagaimanapun, AH-64E Apache telah terpilih pada bulan April 2013.[79]
Versi
T129A EDH (Erken Duhul Helikopteri or Early Delivery Helicopter)
T129A adalah versi "sokongan tempur" yang dipasang dengan sebuah meriam gatling 20 mm dan peluru, boleh membawa roket 70 mm (2.75 in); 9 buah T129A telah dipesan.[80] Enam buah telah diserahkan kepada Tentera Darat Turkiye. T129A akan dinaik taraf kepada standard T129B.[9]
T129B
T129B adalah versi "pelbagai peranan" yang dilengkapi dengan sistem peperangan elektronik. 51 buah telah dikilangkan, di mana sebuah digunakan sebagai platform ujian senjata. T129B dipersenjatai dengan sebuah meriam gatling 20 mm, dan membawa pelbagai jenis muatan persenjataan dengan gabungan 8 buah peluru berpandu anti kereta kebal UMTAS, 16 buah peluru berpandu Cirit, 8 buah peluru berpandu Stinger lancaran udara, dan 76 buah roket tanpa panduan 70 mm (2.75 in).[6]
Kiri ke kanan : pod roket tanpa panduan 70 mm untuk 19 butir roket, 2 peluru berpandu Stinger, pod pelancaran untuk 4 buah peluru berpandu Cirit, 4 UMTAS ATGMmeriam putar tiga laras M197 20 mm dan sistem elektro-optikal ASELFLIR-300TFLIR
^ abcdefgh"T129 ATAK". Turkish Aerospace. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 June 2021. Dicapai pada 13 July 2021.
^ abLeonardo S.p.A. (2021). "T129 ATAK: a success story". leonardocompany.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 July 2021. Dicapai pada 14 July 2021. Advanced multi-role combat helicopter based on the Leonardo AW129, developed in Turkey by Turkish Aerospace Industries for the national and international markets. The helicopter business is a model of successful cooperation between Leonardo and the Turkish industries.