Sisi jauh (Bulan)Sisi jauh Bulan ialah hemisfera Bulan yang tidak dapt dilihat dari Bumi. Sisi jauh Bulan pertama kali diambil gambarnya oleh kuar planet Soviet, Luna 3, pada tahun 1959. Sisi ini juga buat kali pertamanya dilihat oleh manusia secara langsung semasa pengorbitan Bulan oleh misi Apollo 8 pada tahun 1968. Tanah permukaan yang berceranggah ini dicirikan oleh pelbagai kawah dan hanya sedikit mare qamari. Sisi ini mengandungi ciri hentaman yang kedua terbesar dalam Sistem Suria, iaitu Lembangan Kutub Selatan-Aitken. Sisi jauh pernah disarankan sebagai tempat bagi teleskop radio besar oleh sebab sisi ini terlindung daripada gangguan radio dari Bumi. Tidak ada pengembaraan permukaan dibuat setakat ini.
Lihat jugaRujukanPautan luar
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik. Information related to Sisi jauh (Bulan) |
Portal di Ensiklopedia Dunia