Sial Wanita
Sial Wanita merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura pada 1969. Filem Sial Wanita diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna. Filem Sial Wanita mula ditayangkan pada 1969 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Nordin Ahmad, Saadiah dan ramai lagi. PengarahFilem Sial Wanita diarah oleh pengarah M. Amin pada 1969. SinopsisFilem ini mengisahkan Salmah dan ayahnya telah berpindah ke sebuah kampung. Sejak mereka berpindah, kampung itu di landa hujan lebat yang berterusan sehinggakan banjir besar. Penduduk kampung di situ masih berfikiran sempit dan kolot. Mereka menuduh Salmahlah yang membawa sial sehinggakan terjadinya bencana di kampung mereka. Di tambah juga dengan tuduhan daripada Pawang yang mengatakan punca bencana itu berlaku disebabkan seorang perempuan yang baru berpindah ke kampung mereka. Masyarakat kampung itu terlalu taksub dan masih mengamalkan perubatan tradisional yang berunsur karut dan tahyul. Sejak itu Salmah telah disisih dan dipulaukan oleh penduduk kampung. Ibu Johan juga telah membatalkan perkahwinan anaknya Johan dengan Salmah kerana mempercayai kata-kata hasutan penduduk kampung yang mengatakan Salmah membawa sial dan malang. Ayah Salmah pula yang tidak lagi sanggup menanggung derita akibat selalu di cemuh dan di cerca oleh masyarakat kampung telah meninggal dunia. PelakonPelakon Utama
Pelakon Pembantu
LaguLihat jugaPautan luar
|
Portal di Ensiklopedia Dunia