Savana![]() Savana ialah padang rumput tropika dengan dikelilingi oleh semak-samun dan pokok-pokok seperti palem dan akasia.[1][2] yang sambil menjarang antara satu sama lain sehingga tidak meneduhkan permukaan bumi. Sistem biotik ini biasanya terbentuk di antara daerah tropika dan subtropika[1] di mana kurangannya tadahan hujan sehingga menghasilkan iklim yang tidak terlalu kering untuk menjadi gurun pasir tetapi tidak cukup basah untuk menjadi hutan.[1] Ia lazim wujud di rantau Amerika Tengah dan benua Afrika, terutamanya di kawasan Timur di mana terletaknya dataran Serengeti di Tanzania yang terkenal.[1] GambaranSavana dibezakan menjadi dua, iaitu:
Suhu dan iklimSuhu udara di daerah savana tetap sama sepanjang tahun iaitu hangat.[1] Tetapi savana mempunyai dua musim yang sangat berbeza, yaitu musim kering dan musim basah.[1] Pada musim kering, hanya ada 4 inci curah hujan.[1] Bahkan di antara bulan Disember dan Februari tidak ada hujan sama sekali.[1] Namun di musim kering, cuaca terasa lebih dingin.[1] Sedangkan pada musim panas, savana mendapat banyak air hujan.[1] Di Afrika, musim hujan dimulai pada bulan Mei dan curah hujan mencapai 15 hingga 25 inci sepanjang waktu.[1] Flora dan faunaDi sini hidupnya haiwan-haiwan seperti singa, kuda belang, gajah, zirafah dan kerbau.[1] Rujukan
Pautan luar
|
Portal di Ensiklopedia Dunia