Satria 7 Pahlawan
Satria 7 Pahlawan (Bahasa Inggeris: Satria The Warriors of 7 Elements) merupakan animasi yang dipengaruhi oleh anime 2012 Malaysia yang pertama yang dihasilkan oleh syarikat Funcel Sdn Bhd & FINAS. Animasi ini juga dibuat dengan penasihat dari syarikat Jepun Gonzo. SinopsisPada zaman Kesultanan Melayu Melaka,terdapat sekumpulan pahlawan yang melindungi Melaka daripada ancaman munsuh iaitu Satria. Pada permulaannya,terdapat sekumpulan rombongan dari negara China ke Melaka untuk mengahwini Puteri Hang Li Poh dengan Sultan Melaka iaitu Sultan Mansur Shah. Pada waktu penhijrahan dari China ke Melaka itu, mereka telah diserang hendap oleh segerombolan musuh yang lazimnya diketahui Siluman dan menculik puteri Hang Li Poh manakala tok guru kepada kumpulan Satria, Adi Putera juga di bunuh oleh Tok Tampun pada malam yang sama puteri Hang Li Poh di culik. Sehingga sultan Melaka, Sultan Mansur shah mengarahkan Satria untuk mendapatkan semula puteri Hang Li Poh daripada Mamura. Pada bahagian kedua pula,setelah mendapat semula Puteri Hang Li Poh daripada Siluman,bekalan air di Melaka semakin berkekurangan di sebabkan air sungai Melaka semakin kering, Sultan Melaka memanggil lagi sekali kumpulan Satria untuk menyiasat punca bekalan air Melaka dari Sungai Melaka semakin berkekurangan. Episod
Watak
RujukanPautan luarInformation related to Satria 7 Pahlawan |
Portal di Ensiklopedia Dunia