Sasha Saidin
Sasha Mohd Saidin (lahir 20 Disember 1976) merupakan bekas penyanyi dan pelakon wanita Malaysia. Beliau terkenal sebagai salah seorang daripada ahli kumpulan wanita Malaysia, Elite yang meraih kejayaan komersial pada 1990-an. Kehidupan peribadiBeliau ialah kakak kepada pelakon Zain Saidin. Ibunya Siti Aishah Abdullah. Mereka menetap di Bukit Komanwel, Kuala Lumpur. Sasha berkahwin dengan Salyo Priyanto Nutosoemarsono, dan mereka berdua pernah menyertai rancangan realiti TV Sehati Berdansa pada 2011. Salyo merupakan warganegara Indonesia dan mereka telah berkahwin pada tahun 2007 dan dikurniakan seorang anak iaitu Adam Aryasenna Notosoemarsono, berusia tiga tahun. Sebelum perkahwinan itu Sasha pernah bernikah dengan Jason Skinner atau nama Islamnya, Johan Abdullah Skinner, pada 21 Jun 2003 di Masjid Central Regent Park, London, namun mereka berpisah empat tahun kemudian.[2] FilemografiTelevisyen
Rujukan
Pautan luarInformation related to Sasha Saidin |
Portal di Ensiklopedia Dunia