RembanganDalam astronomi, rembangan (juga istiwa, kemuncak atau kulminasi) planet, bintang, atau buruj ialah transit di atas meridian pemerhati.[1][2] Semasa hari sidereal, objek astronomi melintasi meridian dua kali: sekali di rembangan atas, apabila ia (kira-kira) pada titik tertinggi seperti yang dilihat dari bumi, dan ketika rembangan bawah, pada (kira-kira) titik terendah. Selalunya, rembangan digunakan untuk rembangan atas.[3] Kes-kesTiga buah kes ini bergantung kepada latitud pemerhati dan sudut istiwa jasad samawi:
Kes ketiga diguna pakai untuk objek di bahagian langit penuh bersamaan dengan kosinus latitud (di khatulistiwa ia terpakai untuk semua jasad, kerana langit berputar di garis mendatar utara-selatan, di kutub tiada berlaku, kerana langit berputar mengelilingi garis menegak). Kes pertama dan kedua digunakan untuk separuh langit lainnya. TempohMasa dari satu rembangan atas ke rembangan seterusnya ialah kira-kira 24 jam, dan antara rembangan atas ke rembangan bawah adalah kira-kira 12 jam. Pergerakan Bumi pada orbitnya dan gerakan wajar jasad samawi mempengaruhi masa antara rembangan atas berturut-turut. Kerana gerakan matahari yang wajar dan tidak wajar, satu hari suria (masa antara dua rembangan atas matahari) adalah lebih lama daripada satu hari sidereal (masa antara dua rembangan mana-mana bintang tetap)[perlu rujukan]. Perbezaan min ialah 1/365.24219 kerana Bumi memerlukan 365.24219 hari untuk orbitnya mengelilingi Matahari. (lihat juga hari sidereal) MatahariSecara amnya, matahari kelihatan pada rembangan atasnya (pada tengah hari) dan tidak dapat dilihat pada rembangan bawahnya (pada tengah malam). Tetapi berhampiran dengan Kutub Utara atau Kutub Selatan semasa musim sejuk di hemisfera itu, matahari berada di bawah ufuk ketika kedua-dua rembangan. Anggapkan bahawa pada hari musim panas tertentu sudut istiwa Matahari adalah +20°. Sudut pelengkap 70° (dari matahari ke kutub) ditambah atau dikurangkan dari latitud pemerhati untuk mencari rembangan atas atau bawah:
PolarisDi kebanyakan kawasan di hemisfera utara, Polaris, "Bintang Utara," dan seluruh bintang-bintang buruj Ursa Minor boleh dilihat berputar di sekeliling kutub jumantara dan boleh dilihat pada kedua-dua rembangan, selagi langit cukup gelap. Bintang-bintang sedemikian, yang tidak pernah terbenam di lokasi pemerhati, digambarkan sebagai lilit kutub. Lihat jugaRujukan
|
Portal di Ensiklopedia Dunia