PrasastiPrasasti ialah istilah dalam bahasa Indonesia yang mempunyai maksud tulisan kuno yang lazimnya mengandungi piagam atau surat rasmi yang tertulis pada batu. Di Malaysia, istilah batu bersurat lebih lazim digunakan. Prasasti dipercayai mempunyai sesuatu kesan yang khas, ia boleh memberikan penerangan mengenai riwayat atau kronologi suatu peristiwa di masa lampau. Dalam prasasti juga lazim ditemui elemen-elemen tulisan berupa tarikh, nama tokoh, dan sebab mengapa prasasti itu dicipta. PeristilahanEtimologiMenurut etimologi, istilah prasasti merupakan kata pinjaman daripada istilah dalam bahasa kuno Jawa-Bali ꦥꦿꦱꦱ꧀ꦠꦶ (prasasti) dan ᬧ᭄ᬭᬘᬲ᭄ᬢᬶ (pracasti) yang ertinya "piagam" atau "dokumen", istilah ini diturunkan daripada kata dalam bahasa Sanskrit प्रशस्ती (prashasti) yang mempunyai maksud "pujian".[1][2][3] PenggunaanPenggunaan istilah prasasti sangat lazim digunakan di Indonesia, bahkan istilah ini memiliki makna yang lagi luas; yang juga merujuk kepada sebarang tulisan yang dituliskan pada batu di zaman moden. Tradisi atau leluri prasasti di Indonesia masih lagi wujud yang lazimnya digunakan untuk menandai sebuah perayaan, peringatan, penghormatan, dan lainnya. Sedangkan di Malaysia lazim menggunakan istilah "batu bersurat" (Jawi: باتو برسورات) yang mempunyai maksud "batu yang mempunyai kandungan tulisan", salah satu contoh batu bersurat yang termahsyur di Malaysia iaitu Batu Bersurat Terengganu yang mengandungi tulisan dalam tulisan Jawi. Lihat Juga
Rujukan
Pautan Luar
|
Portal di Ensiklopedia Dunia