NorovirusPenyebab gastroenteritis yang paling lazim ialah Norovirus, juga dikenali sebagai pepijat muntah musim sejuk [1] [2]. Muntah-muntah, sakit perut, dan cirit-birit tidak berdarah adalah gejala jangkitan yang biasa terjadi [3] [4]. Demam atau sakit kepala juga mungkin berlaku [3]. Selepas terdedah, gejala biasanya muncul antara 12 hingga 48 jam, dan prosese penyembuhan biasanya mengambil masa dalam 1 hingga 3 hari[3]. Walaupun ia jarang berlaku, komplikasi seperti dehidrasi boleh terjadi, terutamanya pada golongan muda, warga emas, dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan [3]. Kebiasaanya, virus ini merebak melalui pendedahan daripada najis tercemar [4]. Ini mungkin melalui makanan atau air yang tercemar atau sentuhan orang ke orang [4]. Ia juga boleh tersebar melalui permukaan yang tercemar ataupun udara daripada muntah individu yang dijangkiti [4]. Risiko jangkitan biasanya melibatkan proses penyediaan makanan yang tidak bersih ataupun berada dalam ruangan tertutup dengan individu yang dijangkiti [4]. Diagnosis biasanya berdasarkan gejala [4]. Ujian pengesanan biasanya tidak tersedia tetapi hanya akan dibuat jika berlakunya penyebaran jangkitan dalam masyarakat umum[4]. Langkah pencengahan boleh dilakukan seperti membasuh tangan dengan betul dan mengunakan cecair pembasmi kuman [5]. Pembasmi kuman yang mengunakan alkohol boleh digunakan sebagai langkah tambahan, tetapi ia kurang efektif jika dibandingkan dengan mencuci tangan dengan sabun [5]. Tiada vaksin atau rawatan khusus untuk Norovirus [5] [6]. Proses pemulihan melibatkan rawatan sokongan seperti memastikan pesakit mendapat cecair yang mencukupi dan memasukan cecair intravena kedalam badan [6]. Penyelesaian rehidrasi oral adalah cecair pilihan untuk diminum, walaupun begitu, minuman lain tanpa kafein atau alkohol boleh membantu [6]. Virus ini menyebabkan sebanyak 685 juta jangkitan dan hampir 200,000 kematian seluruh dunia [2] [7]. Jangkitan virus ini adalah sering terjadi di negara maju dan membangun [4] [8]. Mereka yang berumur di bawah lima tahun paling kerap terjejas, dan dalam kumpulan ini ia mengakibatkan kira-kira 50,000 kematian di negara membangun [2]. Jangkitan Norovirus berlaku lebih kerap semasa musim sejuk [2]. Ia sering berlaku dalam wabak, terutamanya dalam kalangan mereka yang tinggal berdekatan [4]. Virus ini dinamakan sempena bandar Norwalk, Ohio, di mana wabak berlaku pada tahun 1968 [9]
. Information related to Norovirus |
Portal di Ensiklopedia Dunia