Ahmad Ikhwan bin Aji (lahir 17 Julai 1994) atau lebih dikenali sebagai Noki K-Clique adalah merupakan penyanyi dan pelakon asal kelahiran Kota Kinabalu, Sabah.[1] Beliau juga merupakan salah seorang ahli kumpulan K-Clique.
Bakatnya terserlah pada rancangan Showdown musim ketiga tahun 2012, dalam perlawanan itu ia menampilkan sebuah tarian urban berkumpulan yang mana beliau menganggotai kumpulan Kitta Move. Beliau kemudiannya menyertai pertandingan The Band, sebuah rancangan pencarian bakat nyanyian dan tarian siaran Astro pada 2014. Kini beliau menganggotai kumpulan K Clique yang turut dibarisi tujuh ahli lain iaitu MK, Tuju, FareedPF, Gnello, SoMean, KDeaf dan NastyNas.
Deretan lagu yang pernah dirakamkannya bersama K Clique termasuk Lane Lain Line, Sah Tu Satu, Memorabilia (menampilkan XNADS), Licik, Warna, Mimpi (menampilkan Alif), Beg 2 Back, Kamu Okay, Kitta Move, Merais dan Pulang (menampilkan AJ).
Lagu-lagu dipopularkannya sebagai penyanyi solo pula seperti Gila (bersama Kaka Azraff dan Loca B), Poyo (bersama Danial Zaini dan Santesh), AEWO (bersama Shiha Zikir), Zoom Zoom Zoom (bersama MK, Gnello, Kidd Santhe dan CatFarish) dan Hati (bersama AJ dan Gnello).
Beliau bersama K Clique pernah tercalon dalam kategori Best Southeast Asian Act di Anugerah Muzik Eropah MTV 2020, namun kemenangan berpihak kepada penyanyi hip hop Vietnam, Jack.
Lagu Gila dendangannya bersama Kaka Azraff dan Loca B diangkat sebagai juara Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-35. Pada 2025, Noki berlakon dalam Soloz: Game of Life.[2] Dalam filem itu ia membuat sebuah lagu tekno terkenal bersama Hun Haqeem yang bertajuk "Untuk Semua Jiwa".