Misa MelayuMisa Melayu karya Raja Chulan ini tergolong dalam naskhah sastera tradisional genre sastera sejarah. Buku ini telah dikaji oleh W.E. Maxwell dan diterbitkan dalam JSBRAS 1882 dan 1884 masihi. R.O Winstedt telah merumikannya pada tahun 1919 masihi.[1] Beberapa versi lain tersimpan di Universiti Leiden, Belanda dengan judul Hikayat Salasilah Perak dan Ikatan Raja Ke Laut. Perkataan 'Misa' diambil daripada judul cerita-cerita panji seperti Misa Prabu Jaya di kepulauan Jawa.[2] Namun, daerah Kampung Gajah tidaklah ramai orang Jawa. PenulisMisa Melayu ditulis di istana oleh seorang pujangga istana bernama Raja Chulan. Nama penuhnya ialah Raja Chulan ibni Raja Abdul Hamid ibni Yang diPertuan Muda Sultan Mansur Syah bergelar Marhum Pulau Juar, Kampung Gajah, Perak.[3] Raja Chulan mengarang Misa Melayu semasa pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain dan selesai ditulis pada 1908 masihi di Mukim Bandar, 36800 Kampung Gajah, Perak. Mukim Bandar terletak di tebing kiri Sungai Perak, kira-kira 7 km dari Kampung Gajah, Perak. Raja Chulan dianggarkan hidup sekitar 1720–1786 masihi. Datuknya Sultan Mansur Syah menjadi salah seorang Yang Dipertuan Muda Perak atau terkenal dengan nama Marhum Pulau Tiga. Sultan Mansur Syah ialah anak Sultan Mudzaffar Shah II iaitu Sultan Perak ke-10 (memerintah 1636–1653). Pada zaman Sultan Mudzaffar Shah III (1728–1752), Raja Chulan telah dianugerahi gelaran Raja Kecil Besar pada tahun 1752. Apabila Sultan Mudzaffar Shah III mangkat pada tahun 1752, baginda telah diganti oleh Sultan Iskandar Zulkarnain, iaitu Sultan Perak ke-15 (1752–1765). Apabila Sultan Iskandar Zulkarnain mangkat pada tahun 1765, Raja Kemas yang bergelar Raja Muda telah ditabalkan menjadi Sultan Perak (1765–1773). Raja Chulan yang bergelar Raja Kecil Besar dinaikkan pangkat menjadi Raja Bendahara Perak. Raja Chulan berkhidmat dengan 9 orang sultan.[4] Raja Chulan akhirnya menjadi Raja Muda Perak pada 1773 dan mangkat pada 10 Februari 1787. (Untuk mengelakkan kekeliruan, Raja Chulan yang disebut di atas merupakan orang yang berlainan dengan Y.A.M. Raja Sir Chulan ibni Almarhum Sultan Abdullah Muhammad Shah Habibullah.) BentukMisa Melayu ditulis dalam bentuk prosa dan puisi dalam tulisan jawi.[5] Oleh itu, ia merupakan sebuah karya yang unik. Contoh sastera sejarah prosa ialah Sejarah Melayu, Salasilah Melayu dan Bugis, Hikayat Merong Mahawangsa, dan Hikayat Raja-Raja Pasai dan. Contoh sastera sejarah bentuk puisi ialah Syair Perang Siak, Syair Perang Kompeni Welanda Dengan China, dan Syair Perang Inggeris Menyerang Kota. TemaTema karya ini adalah tentang sejarah raja-raja Melayu yang memerintah negeri Perak antara tahun 1700 hingga 1780-an. Penceritaannya agak teratur menurut kronologi. Anehnya Raja Chulan tidak memuatkan unsur-unsur mitos. Antara isi ceritanya ialah :
Latar tempat
Latar sosialDalam Misa Melayu, terdapat pelbagai bangsa seperti Rawa, Minangkabau, India dan Cina yang tinggal di sepanjang Sungai Perak terutama di Pulau Indera Sakti dan Mukim Bandar. Kawasan ini termasuklah Pulau Juar, Kampung Cina, Kampung Air Mati, Bandar Baru, Kampung Teluk Memali hinggalah ke Bandar Tua dan Pasir Salak serta Kampung Gajah sekarang ini.[6] Misa Melayu juga telah merakamkan beberapa sistem sosial dan adat istiadat dan tradisi pada ketika itu, antaranya:[7]
Istiadat perkahwinanRaja Iskandar ingin berkahwin dengan Raja Budak Rasul, anak Sultan Muzaffar Syah. Raja Aliuddin dan Raja Chulan diminta merisik dan meminang dengan membawa emas sekati. Semasa menikah, Raja Iskandar membawa 100 tahil emas, 10 pasang hamba (orang Jawa), dan 1000 keping timah. Akad nikah dimulai dengan khutbah nikah, bersanding dan upacara bersiram. Istiadat pertabalan
Setiap pertabalan dan adat menjunjung duli disertai dengan gendang nobat Ibrahim Khalil atau disebut 'bermahalil'. Upacara melenggang perut
Istiadat membayar kaulSultan Iskandar di Pulau Indera Sakti jatuh sakit. Pelbagai usaha dilakukan termasuklah bertilik berjaga-jaga, menurun jin, titik dan perdikiran. Akhirnya Raja Muda dan rakyat bernazar agar baginda sembuh. Sultan Iskandar dimandikan dan diarak dari Rantau Panjang ke Pulau Indera Sakti dengan perahu. Ekonomi Sungai PerakBelanda telah mempunyai gudang bijih timah di Pengkalan Halban. Pengkalan Halban terletak berhampiran dengan Pulau Indera Sakti, di muara Sungai Kinta–Sungai Perak, 10 km ke selatan Kampung Gajah sekarang. Syarikat Belanda di Betawi (Jakarta sekarang ), mengiring tujuh buah kapal perang ke Perak ekoran fitnah seorang Keling bernama Pir Muhammad yang bertugas sebagai jurubahasa Belanda. Rundingan semula serta perjanjian akhirnya membolehkan Belanda memonopoli perdagangan bijih timah di Perak dan berhasil membeli 500 bahara timah.[8] Di dalam hutan negeri Perak terdapat banyak gajah hinggakan sebuah kampung digelar Kampung Gajah. Hanya Sultan Perak iaitu Sultan Iskandar Zulkarnain dibenarkan berniaga gajah. Di Pulau Indera Sakti, terdapat banyak kedai dan toko-toko Cina. Sebuah kampung di Rantau Panjang dan Kampung Air Mati serta di Pasir Salak ada kedai Cina. Selain Belanda yang menjalankan perniagaan bijih timah, pedagang India, Cina, Jawa dan Siam turut berdagang. Antaranya ialah pakaian, garam, tembakau, gambir, pinggan mangkuk tembikar Cina, alatan seperti parang, keris, benang emas, rempah, candu dan lain-lain. Masjid Pulau Indera SaktiSultan Iskandar Zulkarnain menitahkan masjid didirikan untuk menyambut Hari Raya Haji di Pulau Indera Sakti kerana belum ada masjid.
Rujukan
Rujukan tambahan
Pautan luar
|
Portal di Ensiklopedia Dunia