Messerschmitt Bf 109
Messerschmitt Bf 109 merupakan sebuah pesawat pejuang Jerman yang digunakan semasa Perang Dunia II. Pesawat ini telah direka oleh Willy Messerschmitt pada awal tahun 1930-an. Ia merupakan salah sebuah pesawat pejuang yang benar-benar moden pada era itu, yang mana memiliki ciri-ciri seperti bahan binaannya keseluruhannya daripada logam monocoque, kanopi tertutup, dan giar pendaratan yang boleh ditarik masuk semula. Bf 109 telah dikeluarkan dalam jumlah yang besar berbanding dengan mana-mana pesawat pejuang dalam sejarah, dengan sejumlah 33,984 buah pesawat telah dihasilkan sehingga April 1945.[1] Jumlah pengeluarannya adalah sebanyak 47% dari jumlah keseluruhan pengeluaran pesawat Jerman, manakala jumlah pesawat Bf 109 adalah sebanyak 57% berbanding jumlah keseluruhan pesawat pejuang Jerman yang dikeluarkan.[2] Sejumlah 2,193 buah pesawat Bf 109 A-E telah dibina sebelum perang, dari 1936 sehingga Ogos 1939. Kira-kira 1,000 buah pesawat terbitan daripada Bf 109 telah dikeluarkan secara berlesen selepas perang seperti Avia S-99 & S-199s (buatan Czechoslovakia) dan Hispano Aviación HA-1109 dan HA-1112 Buchon (buatan Sepanyol). Spesifikasi (Bf 109 G-6)![]() Data dari The Great Book of Fighters[3] and the Finnish Air Force Bf 109 Manual Ciri umum
Prestasi
Persenjataan
Rujukan
Pautan luar
Information related to Messerschmitt Bf 109 |
Portal di Ensiklopedia Dunia